Categories: Tips & Petua

Jangan Terus Makan! Ini Cara Betul Basuh Buah-Buahan, Bukan Sekadar Lalukan Bawah Air…

Buah buahan memang antara makanan yang mudah dan sihat untuk dijadikan snek. Tapi sebelum terus makan, cara basuh buah sebelum makan juga penting kerana permukaan buah boleh terkena tanah, kotoran dan bakteria ketika proses penanaman, pengangkutan, penyimpanan atau selepas dikendalikan ramai orang.

Ramai mungkin fikir cukup sekadar lalukan buah sekejap di bawah paip. Sebenarnya, ada beberapa langkah mudah yang boleh dibuat supaya buah dibersihkan dengan lebih baik sebelum dimakan.

Menariknya, cara yang kami kongsikan ini tak perlu pun menggunakan sabun, pencuci pinggan atau bahan pembasmi kuman. Ini cara yang lebih betul dan mudah diamalkan di rumah.

Baca juga: Cara Kurangkan Pedas Cili Kering, Tak Perlu Risau Kalau Rasa Sambal Terlalu ‘Menyengat’!

CARA BASUH BUAH BUAHAN YANG BETUL SEBELUM MAKAN

1. Basuh di bawah air mengalir

Sebelum makan, potong atau kupas buah, basuh terlebih dahulu di bawah air yang mengalir. Semasa membilas, gosok permukaan buah perlahan-lahan menggunakan tangan supaya kotoran yang melekat dapat ditanggalkan.

Jangan sekadar lalu buah bawah paip selama beberapa saat. Pastikan seluruh permukaan buah-buahan dibilas dengan teliti agar dijamin bersih dari segala kotoran.

2. Gunakan berus untuk buah berkulit keras

Untuk buah yang mempunyai permukaan lebih keras seperti epal, pear, jambu, timun atau tembikai, boleh gunakan berus bersih yang dikhaskan untuk mencuci buah dan sayur.

Gosok perlahan pada bahagian permukaan buah sambil membilasnya di bawah air mengalir. Cara ini boleh membantu menanggalkan kotoran yang mungkin melekat pada permukaan atau celah kulit buah.

3. Nak kupas kulit pun tetap kena basuh dulu

Ini antara perkara yang ramai mungkin fikir tak penting. Sebenarnya, tetap perlu basuh terlebih dahulu.

“Kalau kulit nak buang, tak perlu basuh.”

Kotoran, bakteria atau sisa yang terdapat pada bahagian luar buah boleh berpindah ke bahagian isi melalui tangan, pisau atau papan pemotong ketika proses mengupas dan memotong.

Sebab itu, walaupun kulit buah seperti mangga, oren atau tembikai akan dibuang, basuh dahulu sebelum kupas atau potong.

Boleh Ke Guna Soda Bikarbonat Untuk Basuh Buah Buahan?

Kalau risau tentang racun pada buah tertentu seperti epal atau anggur, soda bikarbonat boleh dijadikan salah satu langkah tambahan. Soda bikarbonat bersifat sedikit alkali dan boleh membantu melonggarkan sebahagian racun tertentu yang melekat pada permukaan buah, terutama pada bahagian kulit atau lapisan lilin.

Caranya, larutkan sedikit soda bikarbonat dalam air dan rendam buah selama kira-kira 10 hingga 15 minit. Selepas itu, gosok permukaannya perlahan-lahan dan bilas semula dengan air mengalir. Namun, perlu diingat bahawa penggunaan soda bikarbonat bukan bermaksud semua racun akan hilang.

Ada jenis racun yang boleh melekat lebih kuat atau berada pada bahagian kulit buah. Jadi, matlamat mencuci buah adalah untuk mengurangkan pendedahan kepada kotoran dan racun, bukannya menjamin semuanya hilang 100 peratus.

Air Garam Tak Semestinya Lebih Berkesan

Ada juga yang biasa merendam buah dalam air garam sebelum dimakan. Namun, air garam tidak semestinya lebih berkesan berbanding membasuh buah dengan air mengalir untuk menanggalkan racun pada permukaannya.

Begitu juga dengan produk pencuci buah atau fruit wash. Jangan anggap produk tersebut semestinya lebih baik hanya kerana ia dibuat khas untuk buah dan sayur.

Jika menggunakan sebarang produk pencuci, pastikan ia memang sesuai untuk makanan dan ikut arahan pada label. Sisa bahan pencuci juga boleh tertinggal jika tidak dibilas dengan sempurna.

Elakkan Guna Sabun Dan Peluntur

Yang paling penting, jangan basuh buah menggunakan sabun, pencuci pinggan atau peluntur. Bahan-bahan ini bukan direka untuk mencuci makanan dan boleh meninggalkan sisa yang tidak sepatutnya masuk ke dalam tubuh.

Jadi, tak perlu terlalu rumit. Air bersih yang mengalir, gosokan perlahan dan cara pengendalian yang betul sudah menjadi langkah penting sebelum buah dimakan.

Sumber: Public Health Malaysia

Baca juga: Kayu, Plastik Atau Buluh? Ini 10 Tip Pilih Papan Pemotong Yang Tepat.. Jangan Asal Cantik Saja!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

15 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

15 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

15 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

16 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

16 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

19 hours ago