Masa kecil dulu korang mesti selalu makan biskut jejari ini kan? Tetapi zaman sekarang ini, mereka variasikan pulak biskut jejari menjadi kek batik. Sangat cantik dan unik kejadian kek batik versi biskut jejari, yang penting mestilah sedap. Jom cuba resepi yang dikongsikan Alia Cheeszif di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

KEK BATIK VERSI BISKUT JEJARI

Masa kecil dulu korang mesti selalu makan biskut jejari ini kan? Tetapi zaman sekarang ini, mereka variasikan pulak biskut jejari menjadi kek batik. Sangat cantik dan unik kejadian kek batik versi biskut jejari, yang penting mestilah sedap. Jom cuba resepi yang dikongsikan Alia Cheeszif di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • 2 cawan Milo

  • 1/2 tin susu pekat

  • 1 sudu besar serbuk koko

  • 1 buku Buttercup

  • 1 paket biskut jejari

  • 1 sudu esen vanila

Kredit: Alia Cheeszif

CARA PENYEDIAAN
  • Cairkan mentega dalam periuk. Bila dah cair masukkan susu pekat, gaul sebati dengan api sederhana.

  • Masukkan Milo, serbuk koko ke dalam periuk. Kacau sampai sebati. Pastikan tiada Milo berketul-ketul.
  • Masukkan esen vanila kacau dan tutup api. Susun biskut jejari ke dalam bekas.
  • Tuang adunan Milo tadi. Susun lagi dan tuang adunan. Buat sampai habis.
  • Sudah habis, simpan dalam peti ais selama 4 jam. Untuk memudahkan potong, keluarkan 30 min sebelum potong. Siap dan boleh dimakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN