Categories: InformasiTips & Petua

Cantik Tapi Bahaya! Ini Tips Untuk Elak Dapur Kaca Pecah Berderai

Kejadian dapur jenis kaca (tempered glass) pecai berderai bukan sesuatu yang baru berlaku. Kemalangan kecil ini sering kita baca di media sosial seperti yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook di bawah.

Sedikit sebanyak perkara itu menimbulkan rasa gerun dan takut dalam kalangan mereka yang mempunyai dapur jenis ini mahupun buat mereka yang mahu membelinya.

Tidak dinafikan, dapur kaca ini mampu membuatkan dapur anda kelihatan lebih elegan dan moden. Namun hakikatnya, yang cantik tidak semestinya tahan lasak. Lebih-lebih lagi jika tidak dikendalikan dengan betul.

Seorang wanita berkongsikan tips dalam menggunakan dapur kaca jenis tempered glass ini untuk menggelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Jom sama-sama baca perkongsian oleh Dr. Fatimah Salim di bawah.

Tips Untuk Elak Dapur Kaca Pecah Berderai

Terdapat banyak jenis bahan binaan (aka material) yang digunakan untuk membuat dapur memasak seperti kaca, kaca berplumbum (lead glass), seramik dan borosilikat.

Disebabkan banyak kemalangan sewaktu memasak yang berlaku, di sini kita hanya akan bincangkan dapur kaca tempered (tempered glass). Ambil tahu cara pengendalian bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini seperti letupan dan kebakaran. Tambah lagi jika kejadian berlaku sewaktu ada anak kecil bersama.

Dapur kaca tempered digunakan mengantikan dapur borosilikat kerana ianya lebih cantik disamping lebih tahan haba, tidak bertindakbalas (inert), tidak mengalirkan elektrik juga kalis air dan gas.

Namun, ianya mudah pecah jika tidak dijaga dengan baik dan betul. Tips dalam menggunakan dapur kaca tempered ialah:

  1. Jangan tutup permukaan kaca -setengah dari kita sayangkan dapur, takut tumpahan minyak atau kotoran pada permukaan. Namun dengan menutup dapur, haba akan terperangkap lalu membuatnya mudah retak.
  2. Jangan guna kuali dan periuk yang terlalu besar- penggunaan periuk dan kuali yang besar terutamanya yang diperbuat daripada logam akan memerangkap haba lalu memindahkannya kepada dapur. Ini boleh menyebabkan dapur ini mudah retak.
  3. Jangan letak kuali atau periuk di atas permukaan kaca kerana beban yang berat.
  4. Maksimumkan penggunaan secara berterusan selama 2 jam sahaja. Ini kerana, penggunaan yang lama akan meningkatkan pengumpulan haba.
  5. Jangan sesekali mengelap atau membersihkan dengan kain basah tunggu sehingga dapur sejuk supaya tidak berlaku “kejutan “ atas perubahan suhu yang drastik. Lalu menyebabkannya retak.

Kredit: Dr. Fatimah Salim, Suriani Yusuf

Wan N

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

3 days ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

3 days ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

3 days ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

3 days ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

3 days ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

3 days ago