Categories: Resipi

Resipi Baby Churros Untuk Jamuan Sekolah, Saiz Kecil Memang Senang Anak-Anak Nak Makan!

Resepi churros ini boleh dijadikan pilihan kalau sedang mencari idea snek ringan untuk anak-anak, lebih-lebih lagi apabila tiba musim jamuan sekolah. Saiznya yang kecil membuatkan churros ini mudah dipegang dan dimakan tanpa perlu dipotong.

Menariknya, resipi ini dikongsikan oleh seorang pengguna sosial media yang pada awalnya tidak merancang pun untuk membuat churros. Semuanya bermula apabila anaknya perlu membawa makanan untuk kem solat di sekolah. Memandangkan guru meminta makanan ringan kerana makanan berat sudah disediakan, terhasillah baby churros ini sebagai hidangan tambahan.

Menurut perkongsian tersebut, anaknya memberitahu semua murid suka dan churros yang dibawa habis dalam masa singkat. Memang seronok apabila makanan yang disediakan sendiri mendapat sambutan! Jom cuba buat menggunakan resipi mudah ini.

Baca juga: Modal Jimat Tapi Nampak Cantik, Idea ‘Dessert Platter’ Ini Sesuai Untuk Jamuan Anak!

RESEPI CHURROS BABY

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar mentega (butter)
  • 1 cawan air
  • 1 cawan tepung gandum
  • Secubit garam
  • 2 biji telur
  • Esen vanila (optional)
  • Gula kastor secukupnya untuk salutan
  • Serbuk kayu manis (optional)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan mentega dan air ke dalam periuk. Panaskan sehingga mendidih.
  2. Masukkan secubit garam dan kacau rata.
  3. Setelah air mendidih, tutup api dan masukkan tepung gandum.
  4. Kacau dengan cepat sehingga adunan sebati dan tidak berketul.
  5. Biarkan adunan sejuk sedikit sebelum memasukkan telur.
  6. Pecahkan sebiji telur ke dalam adunan dan gaul sehingga sebati.
  7. Kemudian, masukkan sebiji lagi telur dan gaul sekali lagi sehingga adunan menjadi licin.
  8. Masukkan adunan ke dalam piping bag yang dipasang dengan nozzle pilihan.
  9. Panaskan minyak dalam kuali. Paipkan adunan sedikit demi sedikit ke dalam minyak panas mengikut saiz baby churros yang diinginkan.
  10. Goreng sehingga churros bertukar warna keperangan dan masak sekata.
  11. Angkat dan toskan minyak. Biarkan seketika sebelum disalut dengan gula kastor.
  12. Jika suka, campurkan gula kastor dengan serbuk kayu manis sebelum disalutkan pada churros.
  13. Siap dan sedia untuk dinikmati!

Baby churros ini bukan sahaja sesuai dijadikan kudapan di rumah, malah boleh juga disediakan untuk jamuan kelas, potluck atau bekal anak ke sekolah. Boleh hidangkan bersama sos coklat atau pilihan pencicah kegemaran anak-anak.

Sumber: Aftaa Sofeya

Baca juga: Resipi Jagung Manis Cup Mini Sesuai Untuk Jamuan Sekolah, Laju ‘Diserbu’ Budak-Budak!

Wan N

Recent Posts

Sos Lemon Madu Meresap Sampai Ke Isi, Ayam Panggang Ini Memang Padu Untuk Makan Malam!

Ayam lemon madu boleh menjadi pilihan menarik untuk menu makan malam, terutama bagi yang inginkan…

38 minutes ago

Resipi Kerabu Kaki Ayam Yang Cukup Rasa Pedas, Masam & Manis, Ratah Saja Pun Dah Nikmat!

Resepi kerabu kaki ayam ini memang boleh buat lupa lauk lain! Kaki ayam yang kenyal…

48 minutes ago

Lelaki Kongsi Petua Untuk Badan Lenguh Dan Otot Selalu Tegang, Rebus Dua Bahan Dapur Saja

Badan selalu terasa lenguh dan otot pula mudah tegang selepas melakukan aktiviti harian? Ada satu…

57 minutes ago

Resipi Ayam Kukus Halia, Cara Masaknya Mudah Tapi Rasa Memang Luar Biasa!

Kalau bosan asyik masak ayam goreng atau ayam masak kicap, apa kata cuba resipi ayam…

4 hours ago

Resepi Masak Lada Melaka, Kuah Pekat Berempah Letak Kerisik Memang Sedap Menjilat Jari!

Kalau sebut tentang masakan tradisional Melaka, masak lada antara lauk yang cukup terkenal dan digemari…

4 hours ago

Resipi Kuih Dorayaki Lembut & Gebu, Boleh Letak Aneka Inti Disukai… Bukan Hanya Kacang Merah!

Resepi dorayaki ini memang sesuai dicuba kalau suka kuih yang lembut, gebu dan mempunyai inti…

5 hours ago