Jika anda mempunyai banyak masa lapang di rumah, lebih elok sekiranya digunakan untuk cuba resipi Burnt Cheesecake Air Fryer yang sungguh mudah ini.
Burnt Cheesecake atau dikenali juga sebagai Basque Cheesecake adalah kek keju istimewa yang mempunyai bahagian permukaan hangus dan tekstur bahagian dalam yang lembut.
Sesetengah orang akan ragu-ragu apabila lihat pada penampilan Burnt Cheesecake ini. Tapi setelah masuk ke dalam mulut, anda akan terkejut kerana rasanya sangat unik dan luar biasa.
Beruntungnya jika ada air fryer di rumah kerana anda boleh hasilkan Burnt Cheesecake Air Fryer seperti yang dikongsikan oleh Rizal KingRiz di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Kek Coklat Moist, Guna Air Fryer Pun Tetap Gebu Meleleh
RESIPI BURNT CHEESECAKE AIR FRYER
Bahan-bahan:
- 250g cream cheese
- ½ cawan gula hangus
- 3 biji telur
- 2 sudu besar tepung gandum
- 125ml whipping cream
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, kisar semua bahan sehingga lembut dengan menggunakan mesin pengisar.
2. Selepas itu, masukkan dalam loyang 6″ dan air fryer dengan suhu 180°C selama 25 minit.
3. Setelah siap, biarkan sejuk dahulu dan masukkan dalam peti ais. Apabila sudah sejuk, boleh dipotong. Siap untuk dinikmati!
Resipi Burnt Cheesecake Air Fryer ini menghasilkan rasa kek keju bersama karamel manis yang bakal buatkan anda ketagih untuk menikmatinya lagi.
Walaupun tiada mixer di rumah, namun anda masih boleh buat kek yang sedap dengan menggunakan mesin pengisar dan hasilnya tetap sedap dan puas hati.
Sesetengah orang suka makan kek ini secara panas, tak kurang juga ada yang menikmatinya ketika sejuk-sejuk kerana lebih nikmat dan segar.
Kek ini boleh dikatakan permulaan terbaik buat mereka yang baru belajar buat kek, jadi jangan malu-malu untuk mencubanya di rumah.
Banyak lagi resipi yang menggunakan air fryer, jadi silakan untuk terus ikuti perkembangan terkini kami untuk mengetahuinya nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Rizal KingRiz
Baca juga: Cara Buat Kek Mangga Cheese Tanpa Bakar, Rasa Sebijik Macam Aiskrim!