Categories: Informasi

“Green Flag” Sejak Kecil! Baru 10 Tahun Dah Pandai Masak Ketam Cili Api, Si Cilik Ini Dipuji Netizen

Siapa kata kerja dapur hanya untuk kaum wanita sahaja? Zaman sekarang, silap besar kalau ada yang masih berfikir begitu. Buktinya, seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun baru-baru ini telah mencuri perhatian warga maya selepas aksinya lincah menyediakan menu masak lemak ketam dan mengemas dapur tular di media sosial.

Walaupun masih di usia sekolah rendah, adik Muhammad Adam Mohamad Azizan menunjukkan sikap yang sangat bertanggungjawab. Dia bukan sahaja rajin membantu ibunya di dapur, malah tidak kekok melakukan kerja-kerja mengemas rumah.

Baca juga: Lelaki Jual Nasi Lemak Udang RM3.50 Di Klang Curi Perhatian, Netizen Doakan Jualan Laku Keras!

Gelagat Sediakan Masak Lemak Ketam Dirakam CCTV

Gelagat kanak-kanak yang mesra disapa dengan panggilan ‘Abang’ ini mula menjadi bualan ramai selepas ibunya berkongsi satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Video tersebut memaparkan kebolehan Abang memasak dan membersihkan ruang dapur seorang diri tanpa perlu disuruh.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen melahirkan rasa kagum dengan kebolehan luar biasa Muhammad Adam. Malah, ramai yang menyifatkan si cilik ini sudah mempunyai ciri-ciri lelaki idaman yang boleh diharapkan atau istilah popularnya, ‘green flag’ sejak dari kecil lagi!

Hidup Berdua Cetus Sikap Berdikari

Ibunya, Siti Nur Mazni berkongsi bahawa dia telah berpisah dengan bekas suami pada tahun 2018. Sejak daripada itu, mereka hanya tinggal berdua memandangkan Muhammad Adam merupakan anak tunggal.

Melihat kesusahan dan pengorbanan ibunya membesarkan dirinya sebagai ibu tunggal mungkin menjadi asbab mengapa Muhammad Adam membesar sebagai seorang anak yang sangat berdikari dan ringan tulang.

Menurut Siti Nur Mazni, anaknya itu sebenarnya bukanlah mahir memasak sepenuhnya, namun minat mendalam mendorongnya untuk belajar sejak berusia lapan tahun lagi.

“Anak saya bukan pandai masak 100 peratus cuma dia minat dan sudah mula menolong saya di dapur sejak umurnya lapan tahun lagi.”

“Mulanya bantu masak mi segera kemudian tolong saya buat puding karamel sambil dia belajar dan kebanyakan masa, anak yang tawarkan diri nak tolong di dapur.”

“Cuma sejak kebelakangan ini, dia sudah mula masuk dapur sendiri dan terbaru bantu sediakan hidangan ketam masak lemak iaitu lauk kesukaannya. Waktu itu saya ada kerja di ruang tamu jadi bantu dengan memantaunya menerusi CCTV,” katanya kepada Harian Metro.

Tiada Istilah Paksaan, Belajar Atas Kerelaan Sendiri

Siti Nur Mazni yang bekerja sebagai pembantu servis dan jualan mesin penapis air menegaskan bahawa dia tidak pernah memaksa anak tunggalnya itu untuk melakukan kerja-kerja domestik. Segala-galanya dilakukan oleh Muhammad Adam atas kerelaan hatinya sendiri.

Baginya, mengajar anak lelaki memasak dan mengemas bukanlah satu kesalahan kerana kemahiran hidup seperti ini sepatutnya dikuasai oleh sesiapa sahaja, tidak mengira jantina.

Walau bagaimanapun, sebagai ibu, dia tidak menafikan ada terselit rasa bimbang pada peringkat awal pembabitan anaknya di dapur.

“Waktu awal dia beritahu nak buat kerja di dapur saya takut juga kerana risau jadi apa-apa jika misalnya cedera terkena pisau atau disambar api.”

“Tapi melihat minatnya, saya ajar juga benda asas seperti menggoreng telur dan memotong bahan selain ingatkan rutin cuci pinggan selepas makan.”

“Ada waktunya, saya sengaja usik beritahunya yang saya mahu rehat kerana masa kecil sudah melayannya macam raja…bila besar nak rasa pula dia layan saya macam raja. Sejak itu, nampak kesungguhannya di dapur,” ceritanya lagi.

Kongsi Video Anak Masak Lemak KetamSekadar Kenangan, Syukur Dihujani Doa

Tambah Siti Nur Mazni, video yang dimuat naik itu sebenarnya hanyalah sekadar perkongsian untuk dijadikan kenangan peribadi mereka anak-beranak. Dia sama sekali tidak menyangka hantaran tersebut akan menjadi tular dan mendapat respon yang begitu luar biasa daripada masyarakat.

Apapun, dia berasa sangat bersyukur dan terharu apabila menerima lambakan komen positif serta doa-doa yang baik agar Muhammad Adam membesar menjadi seorang insan yang soleh dan bertanggungjawab.

“Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan anak saya dan saya berharap dia membesar dengan sihat selain berjaya di dunia juga akhirat,” akhiri ibu tunggal bertuah ini.

Semoga kisah adik Muhammad Adam ini menjadi inspirasi buat ibu bapa di luar sana untuk mendidik anak-anak (terutamanya anak lelaki) agar pandai berdikari dan menguasai kemahiran asas di dapur sejak kecil. Terbaiklah Abang!

Sumber: sn_mazni

Baca juga: “Dah Habis Makan, Tiba-Tiba Nampak…”– Pelanggan Dakwa Tikus Besar Berkeliaran Dekat Bekas Makanan Sebuah Restoran

Wan N

Recent Posts

Petua Ubi Kayu Tahan Lama 2 Minggu Dalam Peti Sejuk, Ramai Tak Tahu Cara Simpan Macam Ini

Petua ubi kayu ini sesuai dicuba kalau ada lebihan ubi kayu di rumah tetapi belum…

1 day ago

Resipi Bubur Nasi Ringkas, Masak Guna ‘Rice Cooker’ Pun Boleh Jadi Lembut & Hancur Elok!

Kalau nak masak resepi bubur nasi simple, tak perlu pening fikir banyak bahan. Guna beras,…

2 days ago

Resipi Kek Batik Sedap, Tak Perlu Banyak Bahan Tapi Rasa Coklat Tetap Pekat & Biskut Rangup

Kalau sedang cari resipi kek batik sedap yang rasa coklatnya lebih pekat dan ada tekstur…

2 days ago

Cara Elak Bendi Berlendir Masa Goreng, Rupanya Kena Buat Langkah Ini Dulu

Bendi goreng memang sedap dimakan bersama nasi panas, tetapi teksturnya yang terlalu berlendir kadang-kadang boleh…

2 days ago

Resipi Spageti Ayam Creamy Truffle, Rasa Ala Kafe Tapi Buat Sendiri Je Di Rumah!

Spaghetti Ayam Creamy Truffle ini memang terasa seperti hidangan ala kafe! Ayam yang rangup dan…

2 days ago

Cucur Udang Thailand Rangup, Guna Air Ais Rupanya Rahsia Adunan Tak Mudah Lembik

Kalau suka cucur yang garing di luar tetapi penuh dengan udang dan sayur, cucur udang…

2 days ago