Categories: Resipi

Bubur Kacang Hijau Durian, Lemak Manis Cukup Rasa Dengan Resipi Ini

Musim durian yang tiba membuatkan ramai mencari resipi yang menggunakan durian. Jika begitu, anda boleh cuba buat Bubur Kacang Hijau Durian yang penuh dengan aroma.

Resipi Bubur Kacang Hijau Durian yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi di Facebook ini cukup menarik perhatian ramai kerana rupanya yang sangat menyelerakan. Jom cuba!

Baca juga: Bubur Jagung Sagu, Elak Langkah Ini Supaya Rasa Aslinya Tak Hilang

RESIPI BUBUR KACANG HIJAU DURIAN

Bahan-bahan:

  • 3 cawan kacang hijau
  • 4-5 cawan air
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 hiris (nipis) halia
  • 2 helai daun pandan
  • 3 sudu makan gula melaka
  • Beberapa ulas isi durian kampung
  • Sedikit gula putih
  • ½ sudu teh garam

Cara-cara:

1. Basuh kacang hijau hingga bersih dan rendam selama 1 jam.

2. Buang air rendaman dan masukkan air baru sebanyak 4 hingga 5 cawan. Rebus guna api perlahan hingga empuk. Kacang hijau yang empuk akan kembang dan lembik bila dipicit. Jika kacang masih keras, tambah air panas.

3. Setelah kacang empuk, masukkan santan. Jika suka bubur yang berkuah banyak, tambah air dan santan.

4. Bagi menaikkan aroma, masukkan halia dan daun pandan, kemudian masak selama 2 minit dan keluarkan hirisan halia supaya baunya tidak kuat.

5. Masukkan gula melaka dan kacau sebati.

6. Masukkan juga beberapa ulas isi durian kampung dan kacau sebati lagi.

7. Tambahkan lagi gula dan garam untuk menaikkan rasa lemak santan, kemudian biarkan kuah mendidih beberapa kali.

8. Apabila semua sudah cukup rasa, boleh padamkan api. Siap untuk dinikmati!

Bubur Kacang Hijau Durian ini mempunyai rasa pekat, cukup lemak manis dengan gandingan kacang hijau bersama durian yang menambahkan lagi kelazatannya.

Jika masih ada lebihan, jangan risau kerana anda boleh jadikannya sebagai aiskrim Malaysia pula. Selepas itu, anda boleh masukkan dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku.

Selamat mencuba!

Sumber: Afy AL Habibi

Baca juga: Bubur Cha Cha, Lembut Dan Lemak Manis Sampai Makan Berulang Kali

Aimi

Recent Posts

OhBulan! Paling Viral Online 2.0 Buka Undian Top 15, Ini Senarai Calon Bagi 9 Kategori

OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…

12 hours ago

Mi Sup Campur Bebola, Resipi Ringkas Tapi Aroma Tumisannya Buat Tak Sabar Nak Makan!

Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…

12 hours ago

Chicken Mushroom Soup Homemade, Sekali Buat Terus Tak Pandang Sup Dalam Tin!

Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…

13 hours ago

Resipi Kuih Lapis Labu Mudah, Tak Guna Tepung Gandum Tapi Tetap Lembut Kenyal!

Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…

15 hours ago

Kek Mentega Simple Guna Sukatan Cawan, Lembut Gebu & Harum Semerbak Satu Rumah!

Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…

16 hours ago

Resipi Kepah Masak Cili Ala Thai, Tambah Cili Padi Kalau Nak Lebih Pedas Yang Memikat Selera!

Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…

16 hours ago