PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-11-10 03:46:59
Kalau sebut je ikan siakap, pasti korang dah terbayangkan hidangan siakap 3 rasa dan siakap stim, betul tak? Itu antara hidangan yang menjadi pilihan ramai. Selain itu, ikan siakap juga boleh dimasak dengan masakan goreng bercili, bakar dan sebagainya.
Malah di kebanyakan restoran ternama banyak yang menyajikan ikan ini dalam pelbagai menu yang sedap. Tapi makan di restoran agak mahal, jadi apa kata korang buat sendiri di rumah dengan mencuba resepi Siakap Tomyam yang dikongsikan oleh Noor Hafiza Mohamad di laman Facebooknya. Lebih jimat tau!
Kredit: Noor Hafiza Mohamad
Bahan-bahan:
- Serai 4 batang hiris (separuh sumbat dalam ikan)
- Lengkuas 1/2 inci hiris
- Bawang putih 4 ulas hiris
- 1 akar ketumbar diketuk
- Pes Tomyam
- Sos Ikan
- 2 kiub ayam
- 1 sudu gula perang
- Bawang Holland
- Tomato
- Bunga kubis
- Kubis
- Daun limau purut
- Cili
Kredit: Noor Hafiza Mohamad
Cara-cara:
- Masukkan air dan didihkan.
- Masukkan 2 sudu besar pes tomyam, kacau dan tutup periuk dalam 5 minit.
- Masukkan sos ikan sedikit (optional).
- Masukkan 2 kiub ayam dan tambah 1 sudu gula. (Guna gula perang / nisan. Barulah original Thai)
- Dah mendidih, masukkan sayur (bawang holland, tomato, bunga kubis, kubis, daun limau purut, cili)
- Akhir sekali perah sebiji limau nipis. Tutup api. Jangan bagi didih lama nanti sayur lembik habis hilang zatnya. Tabur daun ketumbar.
- Siap dimakan bersama lauk sampingan seperti telur dadar / ayam goreng. Tak payah sayur dah. Dalam tomyam dan banyak sayurnya.
Kredit: Noor Hafiza Mohamad
Kredit: Noor Hafiza Mohamad
Kredit: Noor Hafiza Mohamad
Selamat Mencuba
Kredit: Noor Hafiza Mohamad