Categories: Resepi

Boba Kampung Ikut Resipi Thai Dessert, Warna-warni Cantik Kejadiannya

Pernah cuba buat Boba Kampung? Selalu yang kita nampak boba milk tea yang pernah menjadi kegilaan ramai suatu ketika dahulu. Apa kata cuba boba jenis ini pula. Nampak cantik warna-warni dalam pencuci mulut.

Memang tengok dari gambar pun dah buat kita terliur, apatah lagi kalau ngap dalam mulut sejuk-sejuk. Memang nikmat time cuaca tengah panas.

Resipi ni sangat mudah dibuat. Boleh dijadikan pemanis mulut semasa berbuka puasa atau bila ada majlis terbuka di rumah. Boba Kampung ni sejenis bubur yang boleh dihidang panas-panas atau di campur dengan ais dan dimakan sejuk.

Baca juga: Tuna Thai Bread Ala Burger Malaysia, Gebu dan Sedap

Asalnya ia adalah Thai Dessert yang popular di negara jiran. Memang tak sah lah kalau ke sana tak mencuba Thai Dessert ini. Tapi nak lagi mudah, kita bawakan ke rumah dan nikmatinya dengan lebih puas.

Resipi Boba Kampung ini telah dikongsikan sendiri oleh EasyBakeLab menerusi laman Facebook dan telah meraih sebanyak 204 shares! Memang ramai yang nak mencuba Boba Kampung ini. Jom kita tengok.


RESIPI BOBA KAMPUNG

Bahan-bahan boba: 

  • 1 cawan tepung ubi kayu
  • Air panas mendidih
  • 1 sudu besar gula
  • Sedikit garam
  • Pewarna

Bahan-bahan kuah:

  • Santan
  • Gula
  • Garam
  • Daun pandan
  • Sagu
  • Jagung

Cara-cara membuatnya:

1. Sediakan air panas yang menggelegak. Masukkan air panas sedikit demi sedikit ke dalam bahan boba yang telah disatukan. Uli hingga menjadi doh.

**Tips: masukkan air panas sikit selepas itu uli, kemudian masukkan lagi sedikit selang seli macam itu. Kalau air banyak sekaligus doh akan jadi melekit macam gam. 

2. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Masukkan pewarna kesukaan dan bentukkan guna acuan kuih siput. Rebus dalam air menggelegak. Dah terapung tos dan masukkan dalam ais supaya tidak melekat-lekat. Ketepikan.

3. Dalam periuk, masukkan air, gula, garam, dan daun pandan. Kemudian masukkan santan. Bila menggelegak, masukkan sagu dan jagung.

4. Toskan doh biji boba tadi dan masukkan dalam kuah santan. Siap untuk dihidang!


Sedia untuk dimakan masa panas-panas atau tambahkan ais! Sedap tau pencuci mulut boba kampung ni. Rugi sangat la kalau tak cuba. Kalau nak tambah jagung, keledek atau nangka, sila masukkan sebelum santan tau.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada EasyBakeLab kerana sudi berkongsi resipi ini di Facebook. Semoga ia bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resipi Kerepek Jejari Ketam Rangup, Jajan Paling Senang & Modal Murah

Ada pelbagai jenis kudapan yang berbaloi untuk dicuba kerana lebih murah dan jimat. Salah satu…

4 hours ago

DIY Air Rebusan Pink Untuk Kempis Perut, Automatik Hilang Buncit!

Ada beberapa cara kempiskan perut tanpa bersenam yang boleh anda cuba. Salah satunya adalah dengan…

2 days ago

Buat Sendiri Sup Bunjut Uncang, Nak Pakai Tinggal Letak Dalam Sup Je

Rupanya kita boleh buat sendiri sup bunjut di rumah. Tak perlu pergi beli ke kedai…

2 days ago

Kenali Jenis Daun Bawang, Mesti Ramai Yang Tak Tahu

Mari kita kenali jenis daun bawang yang ada di dunia ini. Umum mengetahui bahawa daun…

2 days ago

Cara Buat Sos Black Pepper Padu, Resipi Dari Tauke Kedai ‘Western’ Sendiri!

Seorang pengguna laman sesawang Facebook bernama Muzaiba Hassan berkongsikan satu resepi sos black pepper yang…

2 days ago

“Ingatkan Singki” – Chef Dedah Rutin Masak, Buat Netizen Terpegun

Pernahkah anda terfikir tentang cara chef hotel memasak? Chef dedah rutin masak di lama TikTok…

2 days ago