biskut tart nanas

Apabila bercakap mengenai resipi biskut tart nanas, mesti akan teringat dengan kelazatan biskut raya ini. Kuih tart nanas dengan rasa yang lembut dan meleleh di dalam mulut serta dihidangkan dengan jem nenas yang masam manis, pasti sangat memuaskan.

Untuk resipi tart nenas gulung ini, anda boleh menentukan kelembutan tart yang diinginkan dengan mengukur jumlah mentega atau marjerin yang digunakan dalam doh.

Baca juga: Resipi Biskut Dam Guna 6 Bahan, Nostalgia Kuih Raya Orang Dulu-Dulu

Jika anda suka tekstur yang simple dan rangup, gunakan marjerin sahaja. Jika anda suka tart nenas yang rangup dan lembut, campurkan sukatan marjerin dan mentega.

Jika anda suka biskut nanas yang lembut dan meleleh di dalam mulut, gunakan unsalted butter sahaja. Jom cuba resipi ini dari perkongsian Nita Maira ini. 

RESIPI BISKUT TART NANAS ANTI GAGAL

biskut tart nanas

Bahan-bahan A:

  • 1 buku marjerin 
  • 1 penutup esen vanila
  • 50 gram/2 sudu besar gula biasa yang dikisar halus
  • 2 titik pewarna kuning lemon

Bahan-bahan B:

  • 40 gram/3 sudu besar tepung jagung
  • 350 gram/ 3 cawan tepung gandum

Bahan-bahan sapuan kuning:

  • 2 biji telur kuning
  • 2 titik pewarna kuning lemon
  • 2 sudu kecil minyak masak

Cara-cara penyediaan:

1. Campurkan semua bahan A dalam bekas dan gaul rata.

2. Kemudian, masukkan semua bahan B ke dalam bekas yang sama.

3. Uli-uli doh dengan lembut sehingga menjadi konsisten. Hentikan proses menguli apabila doh tidak melekat lagi di tangan atau bekas.

4. Rehatkan doh selama kira-kira 10 minit.

5. Selepas itu, gunakan acuan yang sesuai dan bentuk tart seperti biasa.

6. Sebelum memasak, sapukan permukaan tart dengan sapuan kuning untuk penampilan yang lebih menarik dan elok.

7. Bakar dalam oven selama 20 minit pada suhu 160 darjah Celsius.

biskut tart nanas

Tart nenas siap dan boleh disimpan dalam bekas kedap udara agar tahan lebih lama. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Nita Maira

Baca juga: Resipi Almond London Matcha, Ini Tips Salutan Coklat Kekal Berkilat & Cepat Keras

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN