Resipi biskut mazola merupakan kuih tradisi yang sering dijadikan menu bila tiba hari raya. Sudah tentu kuih raya ini menjadi kegemaran para tetamu yang datang.
Bahan utama yang digunakan dalam biskut ini adalah kacang tanah. Yang mana ia akan disangai terlebih dahulu dan dibuang kulitnya sebelum dikisar halus dan dicampur dengan bahan lain.
Baca juga: Biskut Sampan Kuih Raya ‘Lejen’, Wanita Ini Kongsi Resipi Orang Lama Di Sini
Rasanya yang rangup cukup disukai ramai. Selain hidangan ketupat dan rendang pastinya kuih muih seperti biskut mazola akan dihidangkan diatas meja. Tak lengkap hidangan pagi raya bila tidak dihidangkan biskut raya.
Cara penyediaanya sangatlah mudah. Sudah pasti sesiapa sahaja mampu membuatnya. Perkongsian resipi biskut mazola ini adalah dari seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Yati Yati.
Pasti ramai penggemar biskut ini yang akan mencubanya dirumah. bila buat kuih raya teringat pula bila pulang ke kampung beramai-ramai. Sempat je malam raya tu buat biskut raya. Yang penting tengah happy dengan ibu ayah dan adik beradik.
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula sangaikan kacang tanah, buangkan kulit dan kisar sehingga halus.
2. Kemudian gaul rata semua bahan yang diperlukan termasuk kacang tanah yang sudah di kisar tadi kecuali minyak jagung atau mazola.
3. Tuangkan minyak jagung atau mazola sedikit demi sedikit sambil uli menjadi doh hingga tidak melekat pada tangan.
4. Canaikan dan terap ikut acuan kesukaan anda dan susun biskut atas tray yang telah disapu butter.
5. Sapukan kuning telur dengan sedikit pewarna kuning dibahagian atas.
6. Kemudian, letakkan almond slice atau kacang sebagai hiasan.
7. Panaskan oven pada suhu 170C selama 5 minit.
8. Bakar biskut pada suhu 170C selama 20 minit atau sehingga kekuningan. Siap! dan boleh masuk dalam balang.
Simple je kan. Kalau tak suka nak banyak kerja, malas nak sangai kacang, buang kulit tu semua. Anda boleh je beli kacang tanah yang dah siap kisar. Pasti lebih mudah dan lebih express.
Biskut mazola ni ada pelbagai bentuk tapi rasanya tetap sama tau. Kalau yang asli bulat je, tapi ikutkan kreativiti dan nak nampak cantik boleh je guna acuan berbunga-bunga.
Selamat mencuba!
Baca juga: Kuih Pulut Wajik @ Wajid Ikut Sukatan Cawan, Hanya Guna 4 Bahan Ini Je
Orang yang duduk di kampung suka bela ayam sendiri untuk dimasak, tapi isi dan tulangnya…
Apabila cuaca panas di luar dan tekak rasa dahaga, terus terbayang pencuci mulut yang sedap…
Hari ini nak makan mi segera yang sedap, tapi kenalah buat versi luar biasa. Oleh…
Inspirasi dari resipi pencuci mulut berasaskan labu yang kerap muncul di media sosial musim luruh…
Laksa goreng Penang adalah hidangan yang menggabungkan rasa klasik laksa dengan teknik goreng ala masakan…
Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang Ayam Masak Burma dan belum pernah membuatnya sebelum…