biskut brownies

Sedap juga petang-petang ini buat Biskut Brownies, mari kita buat ikut resipi mudah dari Encik Zaky Mat Ali ini. Banyak juga perkongsian resipi lain dari beliau yang anda boleh ikuti.

Baca juga: Biskut Mini Pretzel Cara Simple, Tinggal Celup Dan Tabur Je

Sekali rasa, mesti akan rasa suka dengan biskut brownies ini. Tak kira baik yang anak- anak atau dewasa semuanya akan suka.

Selain nak buat makan saja- saja, brownies cookies ni pun sesuai untuk dibuat untuk makanan ringan ketika event atau majlis kecil- kecilan.

Mari ikuti cara-cara penyediaannya di bawah.


RESIPI BISKUT BROWNIES

bahan biskut brownies

Bahan A:

240 gram Coklat
80 gram Mentega

Nota: Panaskan didalam oven sehingga cair dan gaul sekata.

Bahan B: 

2 biji Telur
140 gram Gula Aising
Sedikit Esen Vanilla
100 gram Tepung Kek

Nota: Gaul sekata.

Cara-cara penyediaan:

1. Campurkan Bahan A dan Bahan B dan gaul sekata.

2. Paipkan adunan.

3. Tabur badam.

4. Bakar dalam oven selama 30 minit dengan suhu 150C.

5. Siap. Biarkan sejuk ikut suhu bilik dan sedia untuk dihidang.

biskut brownies


Selamat mencuba resipi Biskut Brownies ini. Oh ya! Nak gunakan resipi ini nak buat untuk jualan pun boleh, tak ada masalah. Ada yang berjaya dapatkan income dengan buat jualan brownies cookies ini.

Baca juga: Biskut Kacang Mazola Yang Rangup Dan Sedap, Biskut ‘Lejen’ Kesukaan Ramai!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN