Categories: Resipi

Bingka Roti Pandan Anti Gagal, Sekali Buat Mesti Menjadi!

Bingka roti pandan adalah pilihan yang sesuai untuk pencinta manisan. Rasanya yang lazat dan penyediaannya yang mudah menjadikannya pilihan utama. Untuk pengalaman yang lebih memuaskan, ia boleh disajikan dengan aiskrim.

Aroma wangi daun pandan memberikan kelazatan tersendiri kepada bingka roti pandan ini. Bau harumnya meluas di dalam rumah ketika kita memasak kuih ini. Ia benar-benar menjadi penambah selera yang hebat untuk semua ahli keluarga.

Baca juga: Kuih Bingka Labu Guna Sukatan Cawan, Tekstur Lembut Bergedik Kejadiannya

Jika anda ingin mencuba menyediakan bingka roti pandan ini, ikutilah resipi yang dikongsi oleh @ziera228 ini. Gerenti jadi punya!

RESIPI BINGKA ROTI PANDAN ANTI GAGAL

Bahan-bahan:

Cara-cara penyediaan:

1. Mula-mula, ambil satu paket buku roti yang kecil. Potong atau gunting kecil-kecil dalam satu mangkuk.

2. Selepas itu, masukkan gula, tepung gandum, tepung hon kwee beserta garam.

3. Dalam mangkuk yang lain pula, campurkan air pandan, santan pekat telur dan juga sedikit garam. Kacau hingga sebati.

4. Selepas dah sebati, tuangkan ia ke dalam mangkuk yang berisi roti tadi.

5. Letakkan sekali esen vanilla dan juga pewarna makanan hijau.

6. Kacau rata dan letakkan sedikit pes pandan jika suka dan susu tepung.

7. Kemudian, tuangkan adunan ke dalam loyang. Taburkan bijan bakar di atasnya sebagai hiasan.

8. Bakar dalam oven pada suhu 180 Celcius api atas dan bawah sehingga masa dan berubah kecoklatan di bahagian atas.

9. Bingka roti pandan sudah siap dan sedia untuk dihidang.

Video penuh:

@ziera228

Bingka roti pandan ni sangat sedap dan sesuai untuk apa-apa majlis,cuba la ,guna air daun pandan tambah wangi aroma nya.. #bingkarotipandan#bingkaroti #resepimudah #fyp #foodie #tiktokmalaysia🇲🇾 #foryoupage #kuihbakarroti#resepitiktok #fypシ

♬ suara asli – ZoanTranspose – ZoanTranspose

Selamat mencuba.

Sumber: Tiktok @ziera228

Baca juga: Sedapnya Bingka Kelapa, Kuih Tradisional Yang Makin Susah Nak Jumpa

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

3 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

3 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

3 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

4 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

4 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

8 hours ago