Entri hari ini adalah resipi bingka jagung yang akan menghasilkan 12 biji bingka dan sangat sedap serta ideal untuk dinikmati bersama keluarga.
Bingka ini juga sesuai dihidangkan semasa sarapan atau minum petang serta memberikan rasa manis dan tekstur lembut dari jagung itu sendiri.
Tidak rugi sekiranya kita mengikuti resipi perkongsian oleh Cik Puan Noor Ali menerusi laman sosial Facebook milik beliau.
Baca juga: Tips Ikan Kerisi Goreng Yang Garing & Sempurna, Barulah Tak Hancur Dalam Kuali
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
1. Kisar jagung bersama santan hingga halus. Masukkan ke dalam mangkuk besar.
2. Campurkan tepung gandum, gula, minyak masak, vanila, pewarna kuning, dan garam. Kacau rata sehingga tiada ketulan tepung.
3. Pecahkan telur dan masukkan ke dalam adunan. Kacau sehingga semua bahan sebati.
4. Sapu minyak masak pada acuan dan tuang adunan ke dalamnya. Taburkan bijan di atas permukaan.
5. Panaskan oven pada suhu 180°C dan bakar selama 40 minit.
6. Untuk mendapatkan warna permukaan yang lebih gelap, tingkatkan suhu kepada 190°C dan bakar selama 10 minit lagi.
Selamat mencuba!
Sumber: Noor Ali
Baca juga: Resipi Hokkaido Cupcake, Hasil Lembut Tangkap Leleh Yang Menggoda!
Sebelum ini kami pernah kongsikan tentang ikan yang sedap untuk digoreng. Kali ini, kami nak…
Ada peminat kulit ayam goreng di sini? Memang nikmat dapat makan kulit ayam yang baru…
Buat peminat makanan India, pasti anda akan teruja dengan cara buat Roti Puri ini. Bukan…
Hari ini teringin nak makan pulut, tapi tak nak pulut yang biasa-biasa. Oleh itu, kami…
Anda sedang tercari-cari menu sihat yang mudah disediakan tapi sangat sedap? Jom cuba resepi salad…
Rupanya, ada cara buat sambal tumis yang cantik warnanya, sedap dan kurang pedas. Sambal tumis…