Nak buat hidangan ringkas tapi menyelerakan untuk keluarga tersayang di rumah, anda boleh masak Ayam Sambal Hijau hari ini.
Ayam Sambal Hijau ialah masakan yang berasal daripada Sumatera Barat, Indonesia. Bahan asasnya ialah daging ayam serta cili yang berwarna hijau.
Malaysia terkenal dengan pelbagai makanan dari serata dunia dan orang Malaysia cukup menyukai hidangan ini kerana pedasnya yang cukup membara apabila dimakan.
Baca juga: Ayam Tumis Thai Paling Cepat, Ramai ‘Repeat’ Sebab Sedap Lain Macam
Di Malaysia, kita boleh jumpa hidangan ini di restoran yang menyajikan masakan Padang, namun terdapat juga kedai makan yang menjualnya.
Ramlah Nong telah kongsikan resipi Ayam Sambal Hijau di Facebook yang sungguh menyelerakan. Jom kita cuba!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Mula-mula, basuh ayam dan toskan, kemudian gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
2. Selepas itu, goreng ayam separa masak dan ketepikan terlebih dahulu.
3. Seterusnya, kisar bawang besar, bawang putih, cili api dan cili hijau sehingga lumat, kemudian, guna sedikit minyak lebihan goreng ayam dan tumis bahan yang dikisar tadi.
4. Setelah bau wangi dan agak garing, boleh masukkan petai dan kiub pati ayam, kemudian masukkan ayam dan gaul sebati.
5. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula sedikit. Siap untuk dihidang!
Sebagai tambahan, anda boleh letak sedikit belacan dalam resipi Ayam Sambal Hijau ini untuk menambahkan kelazatannya. Namun, tak letak belacan pun hidangan ini tetap sedap dimakan.
Selepas ini, bertambahlah koleksi resipi sedap dan menarik untuk anda masak buat seisi keluarga di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Ramlah Nong
Baca juga: Resepi Ayam Masak Kurma Paling Mudah, Aroma Kuah Sedap Tak Terkata!
Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…
Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…
Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…
Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…
Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…
Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…