Categories: Resipi

Bingka Durian, Cukup Rasa Lemak Manis Dengan 3 Langkah Saja

Terdapat pelbagai jenis kuih bingka yang ada sekarang, tapi kuih Bingka Durian adalah antara kuih yang paling disukai ramai.

Kuih Bingka juga dipanggil sebagai kuih bakar atau bengkang, merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di kalangan masyarakat Melayu di kampung.

Orang dulu-dulu memang suka buat kuih Bingka yang sedap belaka dengan menggunakan cara kukus atau bakar dan salah satunya ialah kuih Bingka Durian.

Hasil kuih Bingka Durian yang dikongsikan oleh Bunga Dahlia di Facebook ini bukan saja nampak menyelerakan, malah resipinya juga cukup mudah dibuat. Jom cuba!

Baca juga: 10 Jenis Durian Di Malaysia Yang Popular, No. 5 Tu Ramai Yang Suka!

RESIPI BINGKA DURIAN

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Campur semua bahan, kemudian bancuh sehingga sebati.

2. Masukkan adunan dalam loyang dan tabur bijan.

3. Akhir sekali, bakar pada suhu 180ºC dengan menggunakan api atas bawah selama 1 jam, kemudian tunggu sejuk dan boleh dipotong. Siap untuk dinikmati!

Jika ada lebihan durian di rumah, boleh cuba buat kuih Bingka Durian yang cukup dengan rasa lemak manis dan pastinya anda akan makan sampai tak beringat.

Lebih elok jika gunakan isi durian yang berkualiti supaya kuih Bingka Durian anda terasa lebih sedap daripada biasa.

Jika isi durian yang nak digunakan itu keras sedikit, anda perlu kisar halus supaya tekstur kuih anda jadi lebih lembut.

Namun, tiada masalah jika isi durian sudah sedia lembut, malah anda akan terasa isinya semasa makan kuih ini nanti.

Sesetengah orang makan kuih ini sebagai sarapan, tapi ia juga sesuai untuk minum petang. Anda boleh nikmatinya bersama kopi atau teh yang panas.

Selamat mencuba!

Sumber: Bunga Dahlia

Baca juga: Cucur Durian Anti Gagal, Lembut Dan Gebu Sampai Makan Berulang Kali

Aimi

Recent Posts

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!

Asam pedas merupakan hidangan istimewa yang cukup terkenal di Malaysia, khususnya di negeri Johor. Nak…

53 mins ago

Resipi Red Velvet Cupcake Dengan Topping Cream Cheese, Terliur Tengok!

Pelbagai pilihan kek cawan ada dijual di pasaran. Namun, bagi yang gemar menghasilkannya daripada air…

2 hours ago

Resepi Ikan Bilis Kentang Terung Tempe Berlado, Lauk Tunggu Gaji Yang Jimat Tapi Sedap!

Sementara menunggu gaji masuk, mestilah nak buat lauk paling jimat. Oleh itu, kami cadangkan anda…

4 hours ago

Resepi Roti Telur Cheese Lain Dari Yang Lain, Idea Sarapan Menarik Yang Wajib Dicuba

Setiap hari memikirkan sarapan apa yang sedap untuk seisi keluarga di rumah. Selalu buat roti…

4 hours ago

Resepi Tiramisu Mudah, Wanita Ini Tunjuk Langkah Demi Langkah Sampai Lembut Berkrim

Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…

22 hours ago

Cucur Badak Frozen Lembut Dan Gebu, Nak Buat Inti Sedap Guna Resipi Ini

Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…

22 hours ago