Categories: Resipi

Roti Golok, Nak Kekal Gebu Dan Lembut Berkrim Ada Caranya!

Kali pertama dengar Roti Golok, terus tertanya-tanya roti apa yang namanya begitu unik ini? Paling terkejut, ia merupakan roti yang berasal dari Kelantan tau.

Roti Golok dinamakan sebegitu kerana rupa bentuknya yang unik dan dikatakan berasal dari Golok iaitu kawasan sungai di sempadan yang memisahkan Malaysia (Kelantan) dengan Thailand (Narathiwat).

Jika ingin tahu bagaimana rasanya Roti Golok ini, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Intan Safina Samad di Facebook.

Baca juga: Donut Bomboloni Anti Gagal, Hasil Jadi Gebu Gebas Dengan Resipi Ini!

RESIPI ROTI GOLOK

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Campurkan yis, air, gula dan susu pekat, biarkan yis rehat dan berbuih.

2. Campurkan planta, susu tepung dan telur ke dalam bekas berisi tepung, kemudian kacau sebati atau uli.

3. Curah bancuhan yis sedikit demi sedikit ke dalam tepung tadi mengikut pada keperluan tepung. Ada masa tak perlu guna semua air bancuhan yis tadi, asalkan uli jadi doh yang lembut dan tak melekat pada tangan pun sudah memadai.

4. Rehatkan dalam sejam atau sehingga doh kembang 2 kali ganda.

5. Selepas itu, tumbuk-tumbuk doh yang sudah kembang tadi dan uli sehingga cantik licin, kemudian bolehlah dibentuk dan diletakkan dalam tray.

6. Rehatkan doh sekali lagi selama 20 minit.

7. Bakar menggunakan api atas dan bawah lebih kurang 20 minit atau sehingga masak dengan suhu 150ºC.

8. Keluarkan dan sejukkan atas redai, kemudian sapu permukaan roti dengan butter dan tabur dengan gula halus. Siap untuk dinikmati!

Anda akan terkejut apabila melihat hasil Roti Golok yang cukup gebu dengan topping butter dan gula menjadikannya lemak manis yang cukup rasa.

Selamat mencuba!

Sumber: Intan Safina Samad

Baca juga: Resepi Roti Boy Homemade Gebu, Aroma Kopinya Memikat Sungguh

Aimi

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

2 days ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

2 days ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

2 days ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

2 days ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

2 days ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

2 days ago