bihun sup utara

Jika dah bosan dengan bihun sup biasa, apa kata kita cuba bihun sup utara yang pastinya sedap dan memukau selera ini. Ada beza tau bihun sup biasa dan juga bihun sup style utara ni.

Kalau bihun sup utara, bihun wajib menggunakan warna kuning, makan bersama cabai warna merah dan bukannya sambal kicap seperti kebiasaan.

Jom kita baca resipi asli oleh Zaini Talib yang dikongsikan oleh Cha Caha melalui laman sosial Facebook.

Baca juga: Resipi Nasi Telur Ori Dari Terengganu, Ni Baru Rare!

RESIPI BIHUN SUP UTARA

Bahan-bahan:

  • 1 peket bihun
  • 1 sudu kunyit

Cara menyediakan bihun:

1. Rebus bihun dalam air mendidih yang telah ditambahkan dengan kunyit.

2. Selepas bihun masak, basuh dan toskan.

Bahan sup tulang:

  • 1 kilogram tulang dengan sedikit daging
  • 2 batang serai, ketuk
  • Halia (lebih kurang 2 inci), ketuk
  • 4 ulas bawang putih, ditumbuk
  • 4 ulas bawang merah kecil, ditumbuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Setengah sudu kecil bunga cengkih, ditumbuk kasar
  • Setengah sudu kecil lada hitam, ditumbuk kasar
  • 3 bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • Sedikit daun sup
  • Air secukupnya

Cara memasak:

1. Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk.

2. Rebus sehingga tulang empuk, kemudian masukkan garam atau perasa mengikut citarasa.

3. Jika ingin, tambahkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup.

Bahan cabai merah:

  • Cili kering yang telah di blend atau ciliboh atau cili yang telah dikisar
  • Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil, ditumbuk
  • Asam keping atau air asam jawa atau cuka
  • Garam
  • Gula

Cara memasak:

1. Tumis bawang dan kemudian masukkan cili, masak sehingga pecah minyak.

2. Masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka, garam, dan gula. Anda juga boleh menambahkan sedikit sos cili jika tidak mahu menggunakan gula.

bihun sup utara

Bahan sampingan untuk dimakan bersama bihun:

  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Lobak masin
  • Bawang goreng

Sumber: Cha Caha

Baca juga: Resipi Rendang Minang, Makan Dengan Nasi Panas-Panas, Memang Padu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN