
Jika anda sedang mencari resipi mudah tapi cukup menyelerakan untuk seisi keluarga, Bihun Goreng Singapore sedap inilah pilihan terbaik kerana ia sesuai dimakan tak kira masa.
Bihun Goreng Singapore ialah sejenis hidangan mi halus (bihun) yang digoreng bersama pelbagai bahan seperti udang, ayam, telur dan sayur-sayuran, serta ditambah dengan rempah dan sos tertentu.
Habeebah Md Daud telah kongsikan resipi Bihun Goreng Singapore di Facebook yang diajar oleh ibu mentuanya. Setiap kali masak, pasti habis licin. Jom kita cuba!
Baca juga: Tips Goreng Bihun Supaya Tak Lembik, Hasil Pun Menjadi Tanpa Rasa Kejung!
RESIPI BIHUN GORENG SINGAPORE SEDAP

Bahan-bahan:
- 400gm bihun
- Udang
- Daun kucai
- Minyak masak
- Gula
- Garam
- Serbuk perasa
- Cili merah
- 3 hingga 4 biji bawang merah
- 5 hingga 6 biji bawang putih
- 1 sudu kecil lada hitam
- 2 sudu makan udang kering
- 2 inci halia
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, kisar bawang merah, bawang putih, lada hitam, udang kering dan halia sampai lumat.
2. Kopek kulit udang dan rendam bihun sampai lembut, kemudian potong daun kucai dalam 4cm.
*Jika ada lobak merah, hiris halus memanjang seperti daun kucai.
3. Selepas itu, tumis bahan kisar dengan minyak masak sampai jadi keemasan.
4. Kemudian, perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
5. Seterusnya, masukkan udang, bihun yang sudah ditoskan, daun kucai dan serikan dengan cili merah.
6. Akhir sekali, gaulkan sebati. Siap untuk dihidang!

Bihun Goreng Singapore sedap dimakan bersama sambal kicap atau sos cili. Makan satu pinggan pun rasa tak cukup, mesti bertambah nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Habeebah Md Daud
Baca juga: Mee Siam Goreng Singapore, Kering-Kering Begini Buat Selera Terangkat!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














