bihun goreng singapore mudah

Kadangkala, kita teringin nak makan bihun goreng yang simple tapi macam makan dekat kedai. Jika begitu, anda wajib cuba buat Bihun Goreng Singapore mudah dan sedap ini.

Bihun Goreng Singapore bukanlah berasal dari Singapura, tapi ia sejenis hidangan bihun goreng berasal daripada pengaruh masakan Cina yang diolah mengikut cita rasa tempatan.

Arif Eddy telah kongsikan cara buat Bihun Goreng Singapore mudah di Facebook yang telah menjadi kegemarannya sejak kecil lagi. Jom kita cuba resipinya!

Baca juga: Tips Goreng Bihun Supaya Tak Lembik, Hasil Pun Menjadi Tanpa Rasa Kejung!

RESIPI BIHUN GORENG SINGAPORE MUDAH

bihun goreng singapore mudah

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus bihun (direndam selama 20 minit dalam air biasa)
  • 4 biji bawang merah atau 1 biji bawang holland*
  • 5 hingga 6 biji bawang putih*
  • 2 sudu makan udang kering*
  • 2 inchi halia (dihiris)
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Udang atau daging hiris (guna batang pinang sebaiknya)
  • 3 biji telur
  • Kucai potong dalam 4cm
  • Lobak merah, sawi atau taugeh (jika suka)

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, kisar bawang merah, bawang putih dan udang kering.

2. Selepas itu, goreng telur dan ketepikan terlebih dahulu.

3. Kemudian, goreng udang separuh masak dan ketepikan juga.

4. Tambahkan minyak dan tumis bahan kisar sampai keperangan. Jika guna daging, boleh masuk waktu ini.

5. Seterusnya, perasakan dengan garam, serbuk perasa dan gula secukupnya.

6. Setelah itu, masukkan bihun dan kacau sampai rata.

7. Akhir sekali, masukkan udang, telur, kucai dan sayur-sayuran disukai. Siap untuk dihidang!

Bihun Goreng Singapore ini bukan setakat mudah, malah sekali rasa boleh buat orang tambah pinggan. Lebih-lebih lagi, hidangan ini tak pakai cili kering atau bahan tumisan pedas, jadi sesuai untuk seisi keluarga.

Selamat mencuba!

Sumber: Arif Eddy

Baca juga: Ibu Mentua Ajar Cara Buat Bihun Goreng Singapore Sedap, Sekali Masak Pasti Licin!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN