resepi bihun singapore

Hujung minggu mestilah nak masak yang ringkas saja asalkan sedap dan memikat selera. Oleh itu, anda boleh cuba resepi Bihun Singapore ini yang hasilnya pasti tak mengecewakan.

Sama ada untuk sarapan, makan tengah hari, bekal atau potluck, Bihun Singapore tak pernah mengecewakan. Walaupun namanya ‘Singapore’, hidangan ini cukup dekat dengan citarasa orang Malaysia.

Jika anda sedang mencari resepi Bihun Singapore yang mudah tapi sedap, boleh ikut langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Siti Naquiah ZulkifLi di Facebook ini.

Baca juga: Cara Buat Bihun Sup Simple & Mudah Di Rumah, Siap Dalam 15 Minit Saja

RESEPI BIHUN SINGAPORE

resepi bihun singapore

Bahan-bahan:

  • Sebungkus bihun (rendam dalam air paip biasa selama lebih kurang 1 jam)
  • Sayur pilihan (jagung muda, lobak merah dan taugeh)
  • 1 paket kecil lada hitam (kisar kering sampai halus)
  • Sedikit udang (bersihkan dan buang kepala jika suka)
  • Isi ayam (potong kecil-kecil)
  • Daun sup & daun bawang (hiasan)
  • 1 biji bawang besar dan 5 ulas bawang putih (kisar dengan sedikit air)

Cara-cara memasak:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali besar.

2. Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar sampai naik bau wangi.

3. Masukkan lada hitam kisar (jumlahnya ikut tahap kepedasan yang diinginkan).

4. Tambahkan ayam dan udang, kacau rata sampai bahan hampir masak.

5. Masukkan jagung kecil dan lobak merah, kacau sekejap.

6. Tuang sedikit air paip (anggaran 1 cawan lebih sedikit, cukup untuk lembapkan bihun nanti).

7. Perasakan dengan garam dan ajinomoto. Jika tak nak guna ajinomoto, boleh gantikan dengan sedikit gula.

8. Masukkan bihun yang telah ditoskan airnya. Gaul rata sampai bihun lembut dan serap semua perisa.

9. Akhir sekali, masukkan taugeh, daun bawang dan daun sup. Gaul sebentar dan terus tutup api. Siap untuk dihidang!

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Naquiah ZulkifLi

Baca juga: Rahsia Bihun Soto Sedap & Lebih ‘Kick’, Kena Lebihkan Bahan RAHSIA Ini Dalam Kuah!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN