Categories: Resipi

Bihun Goreng Kampung Sedap Versi Thai, Tumis Garing Dengan Bahan Tumbuk Segar Buat Rasa Lagi Padu

Bihun goreng kampung sedap tanpa ayam ini antara menu ringkas yang tetap padu bila teringin sesuatu yang pedas wangi. Guna bahan asas saja tapi rasa dia tetap lengkap sebab teknik tumis garing dan bahan tumbuk segar yang menaikkan aroma.

Resipi ini sangat cepat disediakan, sesuai untuk sarapan, makan malam ringan atau bila nak masak tanpa banyak langkah. Tekstur bihun lembut, sebati dengan sos dan sayur kangkung rangup memang buat satu pinggan tak cukup.

Baca juga: Tips Celur Bihun Supaya Tak Lembik Dan Tak Putus, Rahsia Yang Ramai Selalu Terlepas Pandang

RESIPI BIHUN GORENG KAMPUNG SEDAP

Bahan utama:

  • ½ paket bihun

Rendam hingga lembut, kemudian toskan.

Bahan-bahan tumbuk:

Tumbuk hingga lumat.

Bahan-bahan lain:

  • 1 biji bawang besar Holland (dihiris)
  • 2 sudu kicap manis
  • 3 sudu sos tiram
  • Sayur kangkung

Cara-cara penyediaan:

1. Tumis bawang Holland hingga garing

Aroma manis wangi akan keluar bila warna keemasan.

2. Masukkan bahan tumbuk

Tumis sampai garing dan pecah minyak untuk rasa lebih kuat.

3. Masukkan air, kicap dan sos tiram

Gaul hingga tumisan sebati.

4. Masukkan bihun

Kacau perlahan hingga lembut dan menyerap semua perisa.

5. Akhir sekali, masukkan kangkung

Gaul sekejap supaya kekal rangup.

Air Lada – Pelengkap Bihun Goreng Kampung Sedap

Bahan-bahan:

  • Cili burung
  • 1 ulas bawang putih kecil
  • Garam dan gula
  • Cuka
  • Sedikit air (pilihan)

Cara-cara penyediaan:

1. Tumbuk cili dan bawang putih.

2. Masukkan garam, gula dan cuka.

3. Laraskan ikut selera.

Tip Tambahan

  • Masukkan bihun sedikit demi sedikit supaya tak hancur.
  • Udang kering digoreng dulu akan naikkan aroma.
  • Boleh tambah taugeh atau sawi.

Resipi bihun goreng kampung sedap ini mudah, cepat dan padu walaupun tanpa ayam. Rasa pedas wangi ala Thai dan tekstur bihun yang sebati dengan tumisan memang sesuai untuk hidangan harian.

Selamat mencuba!

Sumber: Nurbaizura SaNi

Baca juga: Bihun Sup Ayam Lembut Bersama Sambal Merah & Sambal Kicap, Menu Power Pengganti Nasi Hari Ini

Aimi

Recent Posts

Anak-Anak Minta Buat Dessert, Ibu Ini Kongsi Idea & Cara Mudah Sediakan Dadih Mangga Di Rumah!

Terasa teringin menikmati pencuci mulut yang sejuk dan menyegarkan? Dadih mangga boleh dijadikan pilihan kerana…

15 mins ago

Baru Hari Pertama Guna Grab, Rembayung ‘Diserbu’! Khairul Aming Pecah Rekod Jualan Makan Tengah Hari Tertinggi

Restoran Rembayung milik usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya merekodkan…

1 hour ago

Sosej Ayam Homemade Untuk Diet & Buat Stok Makanan, Guna Isi Ayam Dan Sayur Saja!

Sedang mencari idea menu diet yang mudah disediakan dan boleh dijadikan stok makanan di rumah?…

2 hours ago

Resipi Araittuvitta Mutton Kuzhambu, Kari Kambing ‘Pure’ Dengan Rempah Sangai Buat Kuah Lebih Harum!

Resipi kari kambing ini menggunakan teknik masakan tradisional India yang dikenali sebagai Araittuvitta Mutton Kuzhambu.…

3 hours ago

Ayam Masak Ketumbar Cili Padi, Masak Sampai Naik Bau Memang Buat Bertambah Nasi!

Buntu memikirkan menu lauk untuk keluarga? Apa kata cuba ayam masak ketumbar yang digabungkan dengan…

4 hours ago

Resipi Sos Thai Homemade, Tekstur Pekat Likat Memang Puas Nak Cicah Dengan Apa Pun!

Resepi sos thai homemade ini boleh disediakan sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati.…

5 hours ago