big mac tacos

Wah! mari cuba buat resipi viral dari TikTok ini iaitu Big Mac Tacos. Memang nampak mengiurkan dan lazat buat taco saiz kecil-kecil macam ini.

Big Mac Tacos adalah variasi kreatif dari makanan yang menggabungkan elemen-elemen dari Big Mac dan gaya penyajian taco. Memang sesuai untuk dijadikan hidangan ringan waktu malam ataupun menu potluck jamuan sekolah, berkelah atau berkhemah. 

Baca juga: Hashbrown Ala McD, Buat Sendiri Tambah Cheese, Lagi Best!

Bukan itu sahaja, resipi ini juga tampil membuat sos ikonik ala Big Mac yang menaikkan ciri-ciri hidangan kreatif ini.  Berikut adalah cara-cara untuk membuat Big Mac Tacos menerusi perkongsian dari Flip the Beetle ini. 


RESIPI BIG MAC TACOS

big mac tacos

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan topping:

  • Jeruk timun
  • Bawang merah – hiris
  • Daun salad – hiris
  • Tomato ceri – belah dua

Bahan Sos (Tak Rahsia Dah):

  • 1/3 cawan mayonis
  • 1 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar sos mustard 
  • 2 sudu besar bawang – potong dadu
  • 2 sudu besar jeruk timun – potong dadu
  • 1/2 sudu kecil setiap satu: garam, paprika, serbuk bawang putih dan serbuk bawang
  • 1 sudu besar sos tomato

*Campurkan kesemua bahan di atas dan boleh diletak lepas tacos siap dimasak.

Cara-cara membuatnya:

1. Bahagikan 500gram daging lembu kisar kepada 6 bahagian yang sama untuk tortilla.

2. Lumurkan daging ke atas tortilla.

3. Garam dan lada sulah dan letakkan bahagian bawah daging ke atas kuali panas.

4. Terbalikkan perlahan-lahan biarkan jus mengalir keluar. Sekarang bahagian daging menghadap ke atas. Tambah sedikit keju. Teruskan periksa bahagian bawah untuk melihat jika tortilla sedikit garing.

5. Boleh angkat dan lapik dengan tisu untuk keringkan minyak.

6. Masukkan topping (jeruk timun, bawang, tomato, salad) juga mungkin mustard dan sos tomato.

7. Lipat, sapukan sos Big Mac itu dan sedia untuk dimakan!


Memang sedap dan kreatif! Seronok juga bereksperimen dalam masakan ini. Anda juga boleh olah sendiri bahan mengikut citarasa masing-masing. Selamat mencuba!

Baca juga: Tortilla Wraps Ala Chicken Foldover Mcd, Guna Roti Gardenia & Daging Burger Je

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN