Categories: InfomasiTips & Petua

Risau Bibir Berminyak Makan Sup Daging Korban? Ini 4 Tips Mudah Buang Lemaknya

Bila tiba musim Hari Raya Korban, pasti ramai yang akan memasak daging korban hasil diperolehi hasil daripada bahagian korban yang dilakukan sendiri mahupun sedekah daripada jiran tetangga.

Sup daging sentiasa menjadi pilihan ramai bila dapat daging korban. Tapi bila buat sup ni pasti akan buat bibir jadi ‘berminyak’. Kadang-kadang rasa takut nak makan bila tengok banyak sangat lemak dalam sup.

Jangan risau, ada beberapa tips untuk membuang lemak-lemak daripada rebusan daging dengan mudah dan dijamin berkesan.

Baca juga: Cara Cuci Perut Lembu, ‘Confirm’ Putih Bersih Kalau Ikut Cara Ni

BIBIR BERMINYAK MAKAN SUP DAGING? 4 TIPS MUDAH BUANG LEMAKNYA

1. Buang air rebusan pertama

Ada petuanya kalau nak dapatkan sup yang bersih dan kurang berminyak, salah satunya adalah dengan membuang air rebusan daging yang pertama. Dalam rebusan pertama inilah terhasilnya lemak paling banyak.

Bila dah buang, boleh rebus semula macam biasa dan tambahkan bahan-bahan lain seperti kentang, daun sup serta perasa.

Pasti ada yang kata sayang nak buang lemak ini sebab itu yang buat sup rasa sedap. Apapun, kalau nak ikutkan, hasil rebusan kedua pun tak kurang sedapnya juga.

2. Sejukkan rebusan dalam peti ais.

Cara kedua yang boleh anda cuba adalah dengan menyejukkan air rebusan daging tadi dalam peti ais. Setelah beberapa jam, air rebusan daging akan membentuk satu lapisan lemak yang membeku. Bila dah beku, mudah untuk kita buang lemak-lemaknya.

Air rebusan yang di bahagian bawahnya bolehlah dimasak dan ditambah bahan lain untuk dibuat sup atau masakan lain. Barulah berkurang minyak dan lemaknya.

3. Kaup buih/minyak semasa memasak

Selain itu, anda mungkin akan dapat perhatikan buih-buih kehitaman / keperangan ketika sup sedang menggelegak. Tapi kalau yang guna pressure cooker mungkin tak nampak.

Bagi yang guna periuk biasa, bolehlah kaupkan buih-buih ini supaya lemak-lemaknya berkurang. Minyak atau lemak yang timbul masa panas ini juga boleh disingkirkan sekali.

4. Guna senduk atau mangkuk berisi ais

Akhir sekali, anda boleh cuba gunakan cara mengisi senduk atau mangkuk lain dengan ais. Lalukan senduk atau periuk ini di atas permukaan sup yang telah dimasak.

Kemudian, anda akan mendapati lemak-lemak akan terlekat pada bahagian bawah senduk atau mangkuk yang sejuk.

Bagi siapa yang guna mangkuk, boleh juga balutkan terus mangkuk tadi dengan plastic wrap. jadi, tak payah susah-susah nak basuh sebab boleh tanggalkan dan terus buang. Bukan mudah nak cuci lemak ‘degil’ tu nanti tau!

Guna saja salah satu cara di atas ini untuk buang lemak-lemak yang akan timbul bila sup menyejuk nanti. Dapatlah anda menikmati sup yang lebih ‘bersih’, tapi tetap enak dan kurang berminyak.

Sumber: Sirap Limau

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago