Rancangan Makanan Tambahan atau RMT diperkenalkan sebagai pemberian makanan tambahan kepada murid-murid di sekolah rendah terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah. Makanan yang diberikan secara percuma ini banyak membantu pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik.
Namun baru-baru ini, kecoh di laman sosial apabila seorang individu berkongsikan keadaan makanan yang diberikan di dalam program RMT ini. Jumlah makanan yang diberikan kepada pelajar ini turut menimbulkan pelbagai persoalan dari netizen.
Menerusi gambar yang dikongsikan itu, dilihat kuantiti untuk sepinggan mi goreng itu sangatkan sedikit.
Menurut individu yang berkongsikan hantaran tersebut, gambar itu merupakan makanan RMT di sebuah sekolah di Pahang.
Tidak pasti kenapa jumlah yang diberikan terlalu sedikit, ada yang mengandaikan kemungkinan kerana kenaikan harga barang sekarang ini.
Namun netizen menganggap ianya agak keterlaluan untuk memberikan para pelajar menikmati makanan dalam kuantiti sedikit itu.
Berdasarkan tinjauan di laman Kementerian Pendidikan, harga makanan yang ditetapkan bagi program RMT adalah RM2.50 bagi pelajar di Semenanjung manakala RM3.00 untuk di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Dengan kenaikan harga barang kini, netizen berharap harga yang ditetapkan ini dapat dinaikkan supaya para pelajar dapat nikmati makanan yang lebih baik.
Difahamkan, Guru Besar (GB) dan juga Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sudah memberi amaran kepada pihak kantin tapi tetap tidak berubah.
Sumber: Twitter @izwarwahid
Menyediakan bekal makanan untuk suami bukanlah perkara mudah, apatah lagi apabila isteri sendiri turut bekerja…
Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…
Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…
Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…
Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…
Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…