guna sebelum

Perasankah anda akan label tarikh luput pada produk makanan dan minuman yang mencatat “Baik Sebelum” (Best before) dan “Guna Sebelum” (Use by)?

Label tarikh luput digunapakai untuk produk-produk yang mudah rosak seperti makanan dan minuman, ubatan, kosmetik, bahan letupan, tayar, bateri dan macam-macam lagi. Namun di sini, kita akan focus kepada makanan dan minuman sahaja.

Perbezaan ‘Baik Sebelum’ & ‘Guna Sebelum’

Sebenarnya ada perbezaan pada kedua jenis label tarikh luput ini. Kita tidak seharusnya mengambil ringan akan hal ini kerana ada sebabnya makanan ini dilabel sebegitu. Jom teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.

Guna Sebelum (Use by)

Tarikh yang tertera sebagai “Guna Sebelum” ialah akhir sesuatu produk itu SELAMAT untuk dimakan. Kebiasannya ianya digunakan pada produk makanan yang cepat rosak dan tidak perlu simpan lama seperti daging, susu, kek, roti, telur dan sebagainya. Bagi produk makanan yang dilabel sebegini haruslah diBUANG serta merta selepas tarikh yang dinyatakan.

Baik Sebelum (Best Before)

Tarikh untuk label “Baik Sebelum” menunjukkan sifat atau KUALITI produk tertentu sehingga tarikh yang dinyatakan. Selepas pada tarikh yang dinyatakan pada bungkusan itu, produk itu sudah TIDAK boleh dijual kerana berkurangnya kualiti seperti kehilangan kesegaran, tekstur, aroma, rasa dan nutrisi asalnya.

Tetapi ini tidak bermaksud makanan itu tidak lagi selamat untuk dimakan. Kita sebagai pengguna boleh menilai sesuatu produk makanan itu rosak atau tidak dengan melihat pada:

  • Perubahan rupa (berkulat, berlendir, keladak, pembentukan lapisan cecair)
  • Warna (berubah dari yang asal)
  • Bau (tengit disebabkan oksidasi)
  • Rasa (tengit, masam) dari yang asal disebabkan oleh berlakunya tindakbalas kimia pada produk berkenaan.

Sekiranya terdapat perubahan ini, maka kita seharusnya membuang terus produk ini.

Tips untuk memanjangkan jangka hayat produk

Simpan di dalam peti ice (freezer atau chiller). Suhu yang rendah melambatkan proses tindakbalas kimia bahan dalaman produk, juga memperlahankan pertumbuhan kulat dan aktiviti bakteria perosak.

Sumber: Fatimah Salim

Baca juga: Jangan Ikut ‘Trend’ Beli Perkakas Dapur Murah & Viral, Ahli Kimia Kongsi Kesannya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN