salak dan kelubi

Kadangkala memang keliru apabila tengok buah salak dan kelubi kerana rupa luar kedua-duanya memang serupa. Apabila dicuba, rasa dan kegunaan buah ini sangat berbeza.

Bentuk luar memang seakan-akan, sama-sama bersisik dan berwarna coklat. Tapi buah salak dan kelubi adalah dua buah yang berbeza dari segi rasa, tekstur, malah cara ia digunakan dalam masakan.

Jom kita kenal pasti beza sebenar supaya lepas ni tak keliru lagi.

Baca juga: Cara Kenal Pucuk Ubi Kayu Yang Pahit Dan Tak Pahit, Nampak Sama Tapi Rasa Berbeza!

BEZA BUAH SALAK DAN KELUBI

  • Buah Salak – manis, rangup dan mudah ditemui.
salak dan kelubi

Kredit gambar: Facebook Yuen Melinda

Buah salak memang tak asing di Malaysia. Selalu nampak di pasar, gerai buah atau pasar malam.

Ciri-ciri utama salak:

  • Kulit coklat bersisik seperti ular.
  • Isi berwarna putih kekuningan.
  • Rasa manis atau manis masam.
  • Tekstur rangup bila segar.

Salak biasanya dimakan terus sebagai buah dan ada juga yang dijadikan jeruk atau manisan. Varieti seperti salak pondoh sangat popular kerana rasanya yang manis walaupun belum masak sepenuhnya.

*Sesuai untuk mereka yang suka buah manis dan tak terlalu masam.

  • Buah Kelubi – masam kuat dan ikon masakan tradisional.
salak dan kelubi

Kredit gambar: Instagram herbsencyclopedia

Kelubi pula lebih sinonim dengan orang Pantai Timur dan kawasan kampung. Buah ini selalunya tumbuh liar di hutan atau paya.

Ciri-ciri utama kelubi:

  • Kulit lebih keras dan kasar.
  • Isi nipis, melekat pada biji.
  • Rasa sangat masam dan kelat.
  • Jarang dimakan mentah.

Kelubi biasanya digunakan dalam masakan, contohnya:

  • Asam pedas.
  • Sambal kelubi.
  • Gulai atau masakan berlemak.

*Kelubi memang padu untuk naikkan rasa masam dan wangi dalam lauk.

Kalau anda nak buah untuk kudapan, salak memang pilihan selamat. Tapi kalau nak masakan kampung yang betul-betul sedap, kelubi tiada tandingannya.

Walaupun rupa hampir sama, rasa dan fungsinya jauh berbeza. Selepas ini, bolehlah bezakan salak dan kelubi dengan yakin, taklah tersalah beli atau tersalah guna dalam masakan.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Facebook Yuen Melinda, Instagram herbsencyclopedia

Sumber: netafarm.id

Baca juga: Beza Pear Dan Lai Dari Rupa Sampai Rasa, Lepas Ini Tak Salah Beli Dah

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN