
Pucuk ubi kayu sering menjadi ulam segar atau dimasak bersama lauk. Tapi, anda perlu tahu cara kenal pasti jenis pucuk ubi kayu yang pahit dan tak pahit sebelum memasaknya.
Kalau nak masakan atau ulam menjadi sedap, kena tahu jenis pucuk ubi kayu yang kita pilih. Ada yang boleh terus dimasak, ada yang perlu direbus dulu untuk hilangkan rasa pahit.
Kali ini, kami kongsikan cara mudah untuk kenal pasti jenis pucuk ubi kayu yang pahit dan tak pahit supaya setiap masakan lebih sedap dan tak mengecewakan. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: 4 Jenis Kubis Popular Di Pasar & Masakan Paling Sesuai, No. 3 Boleh Buat Coleslaw Sedap!
JENIS PUCUK UBI KAYU YANG PAHIT DAN TAK PAHIT
1. Pucuk Ubi Tangkai Merah.

Kredit gambar: Facebook Sazly Tulih Page
Rasa: Pahit
Cara masak: Perlu direbus dulu sebelum dimasak untuk hilangkan rasa pahit.
2. Pucuk Ubi Tangkai Hijau.

Kredit gambar: Facebook Arpain Bin Yasse
Rasa: Tidak pahit
Cara masak: Boleh dimasak terus tanpa perlu direbus.
3. Pucuk Ubi Kayu Pulut.

Kredit gambar: Warisan Petani
Rasa: Tidak pahit
Cara masak: Sesuai dimasak terus.
4. Pucuk Ubi Kangkung.

Kredit gambar: Facebook Sara Saad
Rasa: Tidak pahit
Cara masak: Boleh terus masak.
5. Pucuk Ubi Kayu Kerinting.

Kredit gambar: Facebook Qaseh Humayraa
Rasa: Tidak pahit
Cara masak: Sesuai dimasak terus.
6. Pucuk Ubi Kayu Batik Kuning.

Kredit gambar: Facebook Shamsul Anuar Ghonah
Rasa: Tidak pahit
Cara masak: Boleh terus dimasak.
7. Pucuk Ubi Kayu Daun Hitam.

Kredit gambar: Facebook Ren Azren
Rasa: Pahit
Cara masak: Rebus dulu sebelum dimasak.
8. Pucuk Ubi Kayu Batik Putih Hijau (Ubi Gajah).

Kredit gambar: Facebook Rosdi Bin Ahmad
Rasa: Masih kurang maklumat rasmi kerana jarang ditemui. Namun menurut beberapa komen netizen, rasanya tidak pahit dan boleh dimasak terus.
Kalau masih tidak pasti sama ada jenis pucuk ubi pahit atau tidak, lebih selamat celur dahulu sebelum memasak. Ini membantu mengurangkan rasa pahit dan menjadikan pucuk ubi lebih sedap dimakan.
Semoga bermanfaat!
Kredit gambar muka depan: Facebook Arpain Bin Yasse, Sara Saad dan Shamsul Anuar Ghonah
Sumber: Sara Saad
Baca juga: 7 Jenis Beras Yang Orang Malaysia Suka Guna, Ini Pilihan Paling Wangi, Lembut & Jimat!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














