Rupa-rupanya, ada cara betul untuk bersihkan senduk atau perkakas kayu selepas menggunakannya. Seperti yang semua maklum, senduk merupakan sejenis perkakas dapur yang lazim digunakan ketika memasak dan dijual dalam pelbagai bentuk.
Kebiasaannya, senduk besi digunakan untuk mengacau hidangan yang berkuah. Manakala, senduk plastik dan porselin digunakan untuk mencedok nasi daripada bekas yang besar.
Baca juga: Tip Bersihkan Lala Yang Berpasir Atau Busuk, Ikut Je Cara Ini Lepastu Dah Boleh Simpan Dalam Freeze!
Sejak ramai yang menggunakan kuali anti-lekat, kebanyakan orang mula memiliki sekurang-kurangnya satu senduk kayu di rumah.
Ikuti tip membersih senduk kayu dari perkongsian @awangdapur menerusi laman TikToknya. Mungkin selama ini, kita beranggapan bahawa senduk kayu boleh dibersihkan seperti biasa iaitu, hanya berbekalkan air bersih dan cecair pencuci pinggan. Rupanya tidak.
TIP BERSIHKAN SENDUK KAYU
Bahan mencuci yang diperlukan:
- Sabun
- Bekas untuk membersih
- Air untuk membersih
Cara-caranya:
1. Mula-mula, cuci senduk tersebut seperti biasa. Kemudian, ambil bekas yang boleh dipanas atas dapur untuk proses merebus.
2. Rebus dahulu air bersih dan letakkan senduk kayu di dalamnya selama lima minit.
3. Selepas lima minit, angkat senduk kayu berkenaan dan membilasnya. Selepas berbuat demikian, boleh lihat sendiri beza air rebusan senduk tadi walaupun sudah dicuci bersih dengan air paip.
Video penuh:
@awangdapur Replying to @lienda750 support sangat bermakna, tapi tgh fikir pasal senduk ni. 🤔 #awangdapur #fyp #resepimudah #masaktiktok #tipsdapur #dapur #sendukkayu #caracucisenduk
Air rebusan tersebut sudah tidak lagi berwarna jernih dan berwarna sedikit kekuningan. Selain itu, ada kesan minyak yang terapung-apung pada permukaan air rebusan.
Nampak kan, senduk kayu yang digunakan di rumah tidak sebersih disangka. Lakukan tips ini bagi memastikan kebersihan kulinari dan kesihatan anda terjaga.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Pemuda Ini Ajar Cara Potong Tembikai Jamu Tetamu, Lebih Bersih & Mudah