Jangan buang lebihan roti Gardenia atau hampir tamat tempoh, anda boleh jadikan pencuci mulut yang lembut, wangi dan cair di mulut dengan resipi Bengkang Roti Gardenia ini.
Bengkang Roti Gardenia ialah sejenis kuih atau pencuci mulut yang dibuat menggunakan roti Gardenia (atau jenama lain), yang dicampur dengan bahan-bahan seperti telur, susu, mentega dan gula.
Janna Hanie telah kongsikan resipi Bengkang Roti Gardenia di Facebook yang sangat mudah dibuat di rumah dengan hanya 5 langkah mudah saja. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Bengkang Ubi Kayu, Ini Rahsia Dapat Hasil Yang Lembut Manja
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, rendam roti yang dicarik-carik ke dalam 1 cawan air masak tadi ke dalam mangkuk besar. (Tekan-tekan roti tadi sampai meresap air. Rendam selama 10 minit sampai kembang).
2. Selepas itu, kisar semua bahan yang bertanda (*) selama 2 minit.
3. Kemudian, masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk yang berisi roti tadi dan kacau sampai rata.
4. Seterusnya, tuangkan semua bahan tadi ke dalam loyang yang sudah disapu dengan mentega.
5. Akhir sekali, bakar dalam oven dengan menggunakan api atas bawah pada suhu 180°C (ikut kesesuaian oven masing-masing) selama 50 hingga 60 minit atau garing. Siap untuk dinikmati!
Resipi ini sesuai sangat untuk mak-mak yang nak buat kudapan cepat sewaktu sarapan atau selepas masak lauk tengah hari. Jika anak suka makan, bolehlah buat untuk mereka.
Selamat mencuba!
Sumber: Janna Hanie
Baca juga: Bingka Pandan Mudah Dan Ringkas Guna Blender, Sampai Jiran Sebelah Boleh Bau!
Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…
Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…
Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…
Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…
Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…
Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…