Hari ini macam terasa nak kongsi resipi Bendi Udang Goreng Belacan pula. Nampak lauk ini, memang tak pandang dah lauk lain!
Sayur bendi merupakan sejenis sayur-sayuran yang sesuai dimasak dengan pelbagai cara. Selalunya ia digunakan dalam pelbagai jenis kari untuk menyedapkannya lagi.
Baca juga: Tip Sayur Cantik Berkilat Macam Kat Restoran, Buat INI Dulu Sebelum Goreng
Bukan itu sahaja, ia juga kaya dengan pelbagai khasiat hingga digelar sebagai Superfood. Memang elok diamalkan dan masuk dalam diet harian.
Tapi bagi anda yang ingin cuba resipi sayur bendi yang lebih mudah dan ringkas, sesuai dijadikan lauk harian, bolehlah cuba resipi ini. Mudah sangat cara memasaknya.
Ikuti resipi perkongsian Cik Puan Sheila Rusli dari laman Facebook ini. Memang mudah bahan-bahannya dan tinggal tumis je bersama belacan.
RESIPI BENDI UDANG GORENG BELACAN
Bahan-bahan:
- Kacang bendi
- Cili kering
- Udang kering (option)
- Udang fresh – dibersihkan
- Bawang merah
- Bawang putih
- Belacan
- Sos tiram
- Maggi cukup rasa
Cara memasak:
1. Potong bendi nipis nipis.
2. Blend cili kering, udang kering, udang fresh, bawang merah, bawang putih dan belacan.
3. Tumis bahan blend.
4. Masukkan sos tiram dan Maggi cukup rasa.
5. Masukkan bendi.
6. Siap dan sedia untuk dihidang!
Selamat mencuba resipi Bendi Udang Goreng Belacan ini.
Baca juga: Cara Betul Basuh Sayur Dan Buah, Guna 3 Bahan Ini Untuk Hilangkan Sisa Kotoran