begedil ayam sedap

Tak lengkaplah soto tanpa begedil kan? Tapi memang susah nak cari begedil ayam sedap dan inti bukan kentang semata-mata. Jadi, kalau buat sendiri lagi puas.

Resipi ini jika anda tidak gemar makan ayam boleh juga ganti dengan daging. Ikut rasa tekak masing-masing. Yang pastinya, sedap.

Jom kita tengok resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan CT Nazura melalui laman sosial Facebook beliau.

Baca juga: Cara Buat Acar Limau Kasturi. Rasa Manis, Masam, Pedas & Masin Pasti Memikat!

RESEPI BEGEDIL AYAM SEDAP

Bahan-bahan:

  • 4 biji kentang besar
  • 1 biji telur
  • 1 biji bawang besar, dicincang dan digoreng garing
  • Lada putih atau hitam secukup rasa, ditumbuk halus
  • 1 batang cili merah, dicincang
  • Daun sup dan daun bawang, dicincang
  • Ayam, digoreng dan dipotong kecil
  • Garam secukup rasa
  • Ajinomoto secukup rasa

Cara-cara:

1. Rebus atau goreng kentang hingga empuk, kemudian toskan dan biarkan sejuk seketika. Tumbuk atau lenyekkan kentang hingga halus.

begedil ayam sedap

2. Masukkan garam, ajinomoto, dan telur ke dalam kentang yang telah dilenyek. Gaul hingga sebati. Tambahkan bawang goreng, cili merah, daun sup, daun bawang, dan ayam yang telah dipotong kecil. Gaul semua bahan hingga sebati, lebih baik jika menggunakan tangan.

begedil ayam sedap

3. Bentukkan campuran kentang tadi menjadi bulatan kecil atau bentuk yang anda suka.

4. Panaskan minyak dalam kuali. Pecahkan 2 biji telur dan pukul sebati. Celupkan begedil ke dalam telur, kemudian masukkan ke dalam minyak panas. Goreng hingga keemasan, angkat dan toskan.

Sambal Kicap:

  • Cili api
  • Bawang putih
  • Kicap manis
  • Garam secukup rasa
  • Ajinomoto secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Cara Membuat Sambal Kicap:

1. Kisar cili api dan bawang putih hingga halus.

2. Masukkan kicap manis ke dalam kisaran cili dan bawang putih. Jangan tambah air untuk rasa yang lebih sedap.

3. Tambah garam, ajinomoto, dan gula secukup rasa. Kisar lagi hingga sebati.

Sumber: CT Nazura

Baca juga: Kek Pisang Dua Benua, Dapat 2 Perisa Dalam Satu Loyang!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN