beef pepper lunch

Mari kita cuba buat Beef Pepper Rice ala-ala Pepper Lunch. Boleh juga dijadikan idea untuk bekal makanan anak atau pasangan. Memang mudah dan ringkas cara penyediaannya.

Baca juga: Daging Goreng Cili Api, Cara SENANG ‘Bak Hang’ Ikut Resipi Ini

Menu ini adalah hidangan yang sangat popular di Jepun. Ia adalah hidangan yang terdiri daripada hirisan daging lembu yang dimasak bersama sayur-sayuran di atas pinggan panas, dan biasanya dihidangkan dengan sos teriyaki dan nasi.

Begini cara membuat beef pepper rice versi rumah yang anda boleh ikuti. 


RESIPI BEEF PEPPER RICE ALA-ALA PEPPER LUNCH

beef pepper lunch

Bahan-bahan sos:

  • 2 1/2 sudu kicap masin
  • 1/2 sk halia
  • 4 ulas bwg putih
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu madu
  • 1/2 sudu pepper
  • 1/2 sk garam

Campur dan kacau rata ke semua bahan sos di atas. 

Bahan atas pan: 

  • 1/3 biji bawang holland
  • 1 mangkuk nasi (nasi semalaman)
  • 1/2 cawan hirisan daging lembu
  • 1/3 jagung dalam tin
  • 1 batang daun bawang
  • 2 sudu butter

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan pan dengan api yang tinggi sehingga sangat panas. Pastikan pan benar-benar panas sebelum anda mula memasak.

2. Tuangkan minyak ke dalam pan panas dan tumis bawang holland sehingga naik bau. Kemudian masukkan semangkuk nasi dan susun bawang disekeliling nasi.

3. Masukkan pula hirisan daging di atas bawang. Taburkan sedikit garam dan lada hitam. Masukkan sos teriyaki secukup rasa di atas.

4. Kacau sekejap sehingga daging bertukar warna, tetapi jangan terlalu masak. Anda mahu daging kekal empuk.

5. Masukkan mentega ke dalam daging lembu dan biarkan ia cair. Kemudian, masukkan jagung serta daun bawang. Kacau rata dan masak selama beberapa minit sehingga sayur mula layu tetapi masih rangup.

6. Tutup api dan sedia untuk dihidang. 

Video penuh: 


Selamat mencuba resipi mudah dan ringkas ini.

Sumber: Ahmad Hazwan Ramli

Baca juga: Daging Enoki Roll Resepi MUDAH, Tak Sampai 15 Minit Siap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN