Pernah merasa Bebola Kentang Keju Mozarella? Memang sedap tau! Lagi-lagi kalau anak hantu cheese, memang kena cuba resipi ini.
Makan kudapan ini memang anak-anak akan makan bertambah. Kentang yang rangup di luah, dengan lelehan keju mozarella di dalam, memang craving dibuatnya.
Baca juga: Roti Telur Cheese Bakar, Menu Sarapan Simple Dan Kenyang!
Cara penyediaan dan bahan pun ringkas saja. Hanya guna 7 bahan dan bentukkan seperti bola. Kemudian tinggal goreng ke dalam minyak yang panas. Ibarat macam menggoreng nugget gitu.
Resipi ini telah mendapat perhatian ramai dan mendapat sebanyak 576 tanda suka dan 817 perkongsian di laman Facebook. Terima kasih kepada Rasidah Razif kerana sudi berkongsi resipi Bebola Kentang Keju Mozarella ini.
RESIPI BEBOLA KENTANG KEJU MOZARELLA
Tips untuk buat hidangan ini sedap adalah, jangan kedekut letak inti keju! Nanti takdapatlah nak ‘create’ keju leleh.
Portion hidangan: 3-4 orang
Bahan-bahan:
Garam secukupnya
Cara-caranya:
1. Rebus kentang sehingga empuk. Kemudian, lenyekkan ia semasa panas dan campurkan lada sulah dan garam. Perasakan dengan sekata.
2. Tambahkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sebati. Kemudian, biarkan ia sejuk.
3. Sudukan kentang yang telah dilenyek tadi dan bulat-bulatkan ia serta masukkan ketulan mozarella di dalamnya. Pastikan keju tersebut tutup sepenuhnya dengan kentang.
4. Untuk bahan salutan di atas kentang pula, kocakkan putih telur hingga berbuih. Celupkan bebola tadi kedalamnya.
6. Proses celupan dan golek ini perlu dibuat sebanyak 2 kali untuk dapatkan salutan yang tebal dan extra rangup.
7. Selepas itu, simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam. Habis 2 jam, dah boleh bawa keluar untuk menggoreng.
8. Goreng dengan api yang perlahan, pastikan minyak panas betul. Jika tak, cheese tak mencair dan luaran akan cepat rentung. Siap untuk dihidang!
Puas hati tau makan hidangan ini untuk dijadikan kudapan santai di rumah. Nak pula tengah cuti sekolah ini, memang berselera anak-anak nak makan.