begedil ayam

Suka makan bebola bergedil ayam? Biasanya bergedil ni akan di hidang bersama soto dan kuah kicap.

Tapi, resepi bebola bergedil ayam yang ni boleh di makan macam tu je. Sedap sangat rasanya. Cara penyediaannya pun simple dan mudah.

Bahan așas nak masak bergedil ni sudah tentu lah kentang. Kentang tu korang kena potong dadu dan goreng terlebih dahulu.

Baca juga: Tips Goreng Tauhu Begedil Supaya Minyak Lambat Berbuih & Tak Cepat Kotor

Dah siap goreng korang kena lenyekkan dan campur dengan bahan lain termasuk tepung. Kemudian, bulat-bulat ikut saiz yang korang nak dan goreng.

Bergedil ni memang sesuai di matchkan dengan soto dan kuah kicap. Tapi resepi yang dikongsikan oleh Noor Ashikin Saerah boleh di makan begitu je.

Korang nak gantikan dengan daging pun boleh ye. Maklumlah ayam kan dah mahal sekarang ni.

Hujung-hujung minggu macam ni mesti ada yang nak buat minum petang dengan keluarga kan?

Apa kata korang buat je bebola bergedil ayam ni. Buat lebih pun takpe, boleh frozenkan dan bila nak makan tinggal goreng je. Senang!

Resipi Begedil Ayam


Bahan-bahan:

  • 6-7 biji kentang (dipotong dadu)
  • Garam
  • Lada sulah
  • Isi ayam kisar
  • Hirisan daun sup
  • Hirisan lada merah
  • Hirisan bawang merah
  • Sebiji telur
  • Bawang goreng

Cara membuatnya:

1. Goreng 6-7 biji kentang yg dah dipotong dadu.

2. Lenyek-lenyekkan dalam mangkuk.

3. Masukkan sedikit garam, lada sulah, isi ayam kisar, hirisan daun sup, hirisan lada merah, hirisan bawang merah, sebiji telur dan bawang goreng. Gaul rata semua bahan.

4. Kemudian, bulat-bulatkan macam meatball. Simpan dalam bekas & masukkan dalam peti sejuk sekejap (1/2jam) sebelum digoreng.

5. Pukul 2 biji telur dalam mangkuk. Panaskan minyak, celupkan bergedil tadi lepastu boleh mula goreng. Siap untuk dihidang.


Wow! Dah siap pun bebola bergedil ayam kita. Bebola ni tak sama dengan tauhu bergedil tau. Korang suka yang mana?

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN