Kes mengenai telur rosak kini sedang tersebar meluas di platform media sosial, apatah lagi pihak berkuasa dan pakar kesihatan juga telah menegah orang ramai agar berhati-hati tidak memakan telur yang sudah rosak.
Banyak kesannya jika memakan telur rosak atau yang sudah tamat tempoh ini, disebabkan itulah pakar kesihatan menegah sekeras-kerasnya agar orang ramai tidak memandang remeh terhadap isu ini.
Jika tidak mengambil serius d
Kesan Makan Telur Rosak Dan Tamat Tempoh
Kesan memakan telur yang sudah rosak dan tamat tempoh akan memberi mudarat pada kesihatan diri dan keluarga, ianya perlu di pandang serius apatah lagi memakan telur rosak ini akan membuatkan diri mengalami perkara di bawah:
- Mengalami cirit-birit
- Sakit perut berpanjangan
- Deman
- Muntah dan loya
- Serta boleh menyebabkan kematian
Telur yang sudah rosak biasanya tercemar dengan pelbagai jenis bakteria khususnya bakteria salmonella, yang boleh menjejaskan kesihatan dalaman.