bamia kambing

Jika anda kali pertama dengar tentang Bamia Kambing, pasti tertanya-tanya hidangan apakah ini? Tapi apabila merasainya, sampai esok boleh teringat-ingat tau.

Bamia merupakan sejenis masakan Timur Tengah yang sangat terkenal di Johor dan Singapura terutama di kalangan mereka yang berketurunan Arab.

Buat pengetahuan anda, bamia ini antara hidangan klasik orang Arab yang dibawa masuk ke Tanah Melayu pada zaman dahulu, semasa mereka menjalankan aktiviti perdagangan.

Bamia Kambing ini bukan setakat rasa daging kambingnya yang sedap dengan gandingan bersama sos tomato, malah cara memasaknya juga sangat mudah tanpa banyak bahan.

Seperti perkongsian oleh Amelia Tamby Hussin di Facebook, resipi Bamia Kambing oleh ibu mertuanya cukup ringkas tanpa jalan kerja yang banyak. Jom cuba!

Baca juga: Sup Kambing Versi Pekat, Makan Cicah Roti Saja Pun Sedap!

RESIPI BAMIA KAMBING

bamia kambing

Bahan-bahan:

bamia kambing

Cara-cara:

1. Rebus kambing di dalam periuk tekanan. Sekiranya tiada, rebus sehingga empuk. Airnya simpan jangan dibuang.

2. Gunakan kuali atau periuk yang berasingan, tumis halia kisar bersama cili kisar. Ikut suka jika nak pedas, lebihkan dan jika tak nak, boleh kurangkan.

3. Setelah kelihatan garing dan naik bau, masukkan kambing dan sos tomato, kemudian gaul sehingga sebati dan biarkan mesra.

4. Akhir sekali, masukkan bawang goreng. Siap untuk dihidang!

Bamia Kambing paling sesuai dimakan dengan aneka jenis roti seperti roti canai, capati dan roti arab.

Selain itu, makanan ini juga enak dihidangkan dengan pelbagai jenis nasi seperti nasi beriani, nasi minyak atau nasi tomato.

Senang cerita, makanan ini boleh dihidangkan dengan apa saja yang anda suka bersesuaian dengan citarasa masing-masing.

Buat anda yang tak makan daging kambing, boleh juga jika nak gantikan resipi ini dengan daging lembu.

Selamat mencuba!

Sumber: Amelia Tamby Hussin

Baca juga: Kari Kambing Simple, Cuci Daging Begini Baru Lembut Dan Tak Berbau

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN