Categories: Infomasi

Bacaan Niat Puasa Dan Doa Buka Puasa, Ini Panduan Lengkap Berserta Rumi

Terlupa cara mengucapkan niat puasa Ramadan? Jangan bimbang, di sini MyResipi akan kongsikan bacaan niat puasa harian atau bulanan sebagai panduan anda.

Sebelum itu, MyResipi juga ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan 1444H kepada semua umat Islam di Malaysia.

Niat berpuasa Ramadan tidak diwajibkan dan tidak pula disyaratkan untuk mengucapkannya dalam bahasa Arab. Cukup dengan mengucapkan niat dalam bahasa Melayu atau bahasa lain yang anda fahami.

Baca juga: Senarai Makanan Popular Ketika Ramadan, Mana Satu Pilihan Hati?

Namun, adalah lebih baik dan mendapat pahala jika boleh diamalkan dalam bahasa Arab sebagai wujud cinta kepada bahasa Nabi Muhammad SAW dan bahasa Al-Quran.

BACAAN NIAT PUASA RAMADAN DAN NIAT SEBULAN PUASA

Berikut adalah lafaz niat puasa ramadan dalam rumi, niat sebulan ramadan, doa berbuka puasa buat panduan bersama:

1. Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadhan

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

  • Bahasa rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala
  • Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

2. Lafaz Niat Puasa Sebulan di Bulan Ramadhan

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

  • Bahasa rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
  • Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala

Syarat-Syarat Niat Puasa Ramadan

Dalam berniat untuk berpuasa, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi agar ianya dinamakan dengan berniat. Kebanyakan kitab-kitab fiqh telah menggariskan beberapa panduan dalam berniat ketika berpuasa bagi memudahkan umat Islam memahaminya. Antara yang disebutkan ialah:

  • Al-Jazm (الجزم): yang dimaksudkan di sini adalah benar-benar memastikan tanpa ragu-ragu.
  • Al-Ta’yiin (التعيين): iaitu penentuan jenis puasa. Seseorang yang ingin berpuasa perlulah menentukan jenis puasanya sama ada ianya puasa Ramadhan, wajib (qadha’, kaffarah, nazar) ataupun sunat (Isnin-Khamis, hari Arafah, ‘Asyura dsb.). Tidak memadai dengan berniat secara mutlaq untuk berpuasa.
  • Al-Tabyiit (التبييت): menetapkan niat pada malam hari. Waktunya adalah selepas tenggelamnya matahari sehinggalah terbitnya fajar sadiq (waktu bersahur juga masih dikira sebagai waktu untuk berniat). Ini adalah syarat di sisi al-Malikiyyah, al-Syafi’iyyah dan juga al-Hanabilah. Ini berdasarkan sebuah hadith Nabi ﷺ riwayat Hafsah R.Anha:

مَنْ لَمْ يُجْمِعِ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلاَ صِيَامَ لَهُ

Maksudnya: Barangsiapa yang tidak berniat (pada malam hari) sebelum terbit fajar, maka tiada puasa baginya (pada hari tersebut).

Riwayat Abu Daud (2454). Status Hadith: Sahih.

Sumber: Semakan.my

Baca juga: Senarai Kurma Yang Bukan Dari Negara Islam, Jangan Salah Beli!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Cara Buat Satay Bhalut Yang Sedang Viral, Rangup Dan ‘Juicy’ Di Dalam

Baru-baru ini telah viral tentang keenakan Satay Bhalut yang buat ramai teringin cuba sendiri di…

15 hours ago

Resepi Agar-Agar Santan Lapis Pelangi, Cantik Berkilau Bak Cermin Kejadiannya

Pantang ada masa terluang, mesti nak cuba resipi baru yang menarik. Kali ini, kami nak…

15 hours ago

Koktel Buah Segar Dan Kurang Manis, Boleh Buat Di Rumah Sepantas ABC!

Apabila cuaca panas, tekak rasa dahaga dan inginkan sesuatu supaya badan segar. Jika begitu, kami…

17 hours ago

Nasi Ambeng Johor Versi Cepat Siap, Resipi Ringkas Tapi Cukup Menyelerakan

Jika anda lahir di Johor dan berketurunan Jawa, pasti suka makan Nasi Ambeng Johor yang…

19 hours ago

Cara Masak Beras Basmathi, Guna Tips Ini Baru Lembut Dan Berderai Elok!

Pelbagai jenis nasi dibuat menggunakan beras basmathi seperti nasi minyak, nasi beriani dan banyak lagi.…

2 days ago

Resepi Kek Marble Gebu, Satu Adunan Saja Boleh Bakar Atau Kukus Dengan Mudah

Sesiapa saja yang suka makan kek pasti menyukai resepi Kek Marble gebu dan lembut. Lebih-lebih…

2 days ago