
Baby sotong masak kunyit ini antara lauk ringkas yang selalu jadi pilihan bila nak masak cepat tapi tetap sedap. Guna bahan-bahan asas dapur sahaja, lauk ini sudah cukup membuka selera dengan aroma kunyit dan rasa pedas cili padi. Tekstur baby sotong yang lembut pula memang serasi dimasak cara ringkas tanpa perlu banyak bahan.
Menariknya, resipi baby sotong masak kunyit ini tidak memerlukan air tambahan kerana sotong akan mengeluarkan air semula jadi ketika dimasak. Jadi, rasa lauk lebih pekat dan tidak berair. Sesuai dijadikan lauk harian, digandingkan bersama nasi putih panas atau nasi lemak.
Kalau anda sedang mencari idea lauk cepat, mudah dan menjimatkan masa, resipi ini memang wajib cuba. Jom lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasak yang dikongsikan oleh Puan Wiwien Chempaka di bawah.
Baca juga: Resipi Sotong Masak Hitam Ini Ada Peminatnya, Kena Buat Macam INI Baru Sedap & Tak Liat
RESIPI BABY SOTONG GORENG KUNYIT

Bahan-bahan:
- Baby sotong (dibersihkan)
- Bawang putih
- Cili padi (ditumbuk kasar)
- Serai (dititik)
- Serbuk kunyit
- Sos cili
- Sos tiram
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Bawang besar (dipotong sederhana)
Cara-cara penyediaan:
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, kemudian tumis bawang putih, cili padi tumbuk kasar dan serai sehingga naik bau dan wangi.
- Masukkan serbuk kunyit, gaul sebati sebelum dimasukkan baby sotong.
- Gaul sotong bersama bahan tumisan. Sotong akan mengeluarkan air sendiri, jadi tidak perlu menambah air.
- Masak sehingga air sotong sedikit kering dan kuah menjadi pekat.
- Masukkan sos cili, sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Gaul rata dan sesuaikan rasa.
- Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dipotong sederhana. Gaul seketika dan tutup api apabila bawang besar masih rangup.
- Sedia untuk dihidangkan.
Sumber: Wiwien Chempaka
Baca juga: Cara Buat Ketupat Sotong, Rasanya Yang Manis Berlemak Boleh Buat Teringat-Ingat!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














