Categories: Resipi

Ayam Singgang Masam Pedas, Semua Bahan Tumbuk Je Tapi Sedap Makan Sampai 2 Pinggan!

Kalau suka lauk yang masam, pedas dan penuh aroma, ayam singgang ini memang boleh buat selera terus terbuka. Menariknya, bahan-bahan yang digunakan hanya perlu ditumbuk sebelum dimasak bersama ayam.

Resipi ini dikongsikan oleh Azlina Nana di Facebook dan menjadi antara menu yang disukai anak-anaknya. Walaupun tidak pasti nama sebenar hidangan tersebut, gabungan bahan yang digunakan memang cukup menggoda selera.

Baca juga: Tuanku Permaisuri Pahang Kongsi Resipi Singgang Ikan Bilis, Lauk Simple Tapi Buat Ramai Kecur Air Liur

RESIPI AYAM SINGGANG MASAM PEDAS

Rahsia rasa ayam singgang ini terletak pada gabungan bahan-bahan yang ringkas tetapi cukup beraroma. Serai, lengkuas, kunyit hidup dan daun limau purut memberikan bau yang wangi, manakala cili padi dan asam keping menghasilkan rasa pedas serta masam.

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam, dipotong
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci kunyit hidup
  • Cili padi secukupnya
  • 1 inci lengkuas
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 keping asam keping
  • 1 biji tomato, jika ada
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara-cara Penyediaan:

1. Tumbuk bahan utama

Tumbuk bawang merah, bawang putih, serai, kunyit hidup, lengkuas dan cili padi sehingga agak lumat.

2. Masukkan ayam dan bahan tumbuk

Masukkan ayam ke dalam periuk bersama bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi.

3. Tambah air dan bahan lain

Tuangkan air secukupnya, kemudian masukkan daun limau purut dan asam keping.

4. Masukkan tomato

Jika menggunakan tomato, potong kepada beberapa bahagian dan masukkan ke dalam periuk.

5. Masak hingga ayam empuk

Biarkan semuanya mendidih dan masak sehingga ayam empuk serta kuah sebati dengan bahan tumbuk.

6. Perasakan

Tambahkan garam secukup rasa. Jika suka lebih pedas atau masam, boleh sesuaikan jumlah cili padi dan asam keping mengikut selera.

Makan Dengan Nasi Panas Memang Ngam!

Kuah ayam singgang ini mempunyai gabungan rasa masam dan pedas yang cukup menyelerakan. Aroma serai, lengkuas dan daun limau purut pula membuatkan lauk ini terasa lebih wangi.

Tak perlu banyak lauk pun. Cedok kuah bersama ayam dan curahkan atas nasi putih panas, memang mudah untuk tambah nasi sampai dua pinggan!

Selamat mencuba!

Sumber: Azlina Nana

Baca juga: Sotong Singgang Paling Simple Tapi Padu, Ini Cara Masak Supaya Tak Liat & Lebih Sedap Hirup!

Aimi

Recent Posts

Arwah Tak Mahu Ilmunya Hilang, Sanggup Ajar Jiran Buat Kuih Bakar Pandan Bijan Ini

Bukan sekadar manis dan lemak berkrim, kuih bakar pandan bijan ini menyimpan kisah menyentuh hati…

22 mins ago

3 Jenis Tepung Yang Biasa Digunakan Untuk Buat Muruku, Baru Tahu Ada Fungsi Berbeza!

Tepung muruku memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur dan rasa snek tradisional India ini. Walaupun…

17 hours ago

Selama Ini Pilih Telur Ikut Saiz Saja, Rupanya Bentuk & Warna Kulit Pun Ada Maksud Tersembunyi!

Telur ayam antara bahan yang hampir selalu ada di dapur kerana mudah dimasak dan boleh…

18 hours ago

Resipi Chicken Chop Rangup Bersalut Nestum, Tuang Kuah Black Pepper ‘Banjir’ Lagi Sedap!

Resipi chicken chop ini sesuai dijadikan pilihan untuk makan tengah hari atau makan malam. Ayam…

19 hours ago

Rimas! Cara Halau Lalat Buah Yang Berterbangan Terutamanya Dekat Pisang, Cuba Petua Ini

Baru beli pisang atau buah-buahan, tetapi tak lama kemudian dapur mula dipenuhi lalat kecil? Memang…

20 hours ago

Resipi Kuetiau Theng Berkuah Jernih, Tambah Chili Oil Memang Lagi Terangkat Rasanya!

Kalau teringin makan hidangan berkuah yang panas dan menyelerakan, resipi kuey teow theng ini memang…

20 hours ago