Dah selalu masak ayam goreng kunyit kan? Kali ini apa kata jom cuba ayam serai ala restoran Thai pula.
Rasa rempahnya yang cukup rasa memang menaikkan selera, lagi-lagi bila digoreng garing dan makan dengan nasi panas! Anda pasti suka akan rasanya. Tak pedas pula tu, anak-anak mesti suka.
Kalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi hasil perkongsian oleh Nurul Ateekah di laman sosial Facebook. Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Ayam Pandan Thai Mudah, Sedap Setanding Makan Di Kedai!
1. Sediakan mangkuk atau bekas, masukkan ayam dan kesemua bahan (KECUALI DAUN LIMAU PURUT), serta bahan yang dikisar halus.
2. Gaul sebati dan perapkan paling kurang selama 30 minit.
3. Panaskan minyak, agak-agak boleh tenggelamkan ayam apabila digoreng nanti. Masukkan ayam dalam kuali panas dan goreng sehingga keperangan.
4. Apabila ayam sudah masak, angkat dan masukkan ke dalam bekas.
5. Taburkan daun limau purut yang telah dihiris tadi. Ratakan ayam bersama daun limau purut.
Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit: Nurul Ateekah
Baca juga: Resipi Ayam Tiram Thai Versi Khairul Aming, Nampak Menyelerakan Betul!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…