ayam masak padang

Jom cuba resipi ayam masak padang ini. Kuahnya sangat sedap dan ada rasanya yang tersendiri.

Menu ini tidak sama seperti gulai lemak yang biasa kita makan. Jika lihat pada senarai bahan yang digunakan, pasti anda akan nampak perbezaannya.

Rasa kuah masak padang ini lebih wangi dan beraroma. Hal itu kerana adanya penggunaan rempah, daun kunyit dan daun limau. Berbeza dengan masak lemak biasa yang hanya menggunakan kunyit dan cili api .

Baca juga: Ayam Goreng Ala Upin Ipin, Ini RAHSIA Buat Bancuhan Tepung Menggoreng

Semakin lama direneh, kuah akan semakin sedap. Resipi ini juga menggunakan kerisik yang menjadikan kuah lebih pekat dan menyengat.

Ikuti saja resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Suffiyah Ramadhani di bawah. Mudah saja caranya, setengah jam dah siap!


RESIPI AYAM MASAK PADANG

ayam masak padang

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam (cuci bersih)

Bahan kisar: 

  • 3 ulas bawang putih
  • ½ biji bawang besar
  • 2 hiris halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 8 tangkai cili kering (ikut kepedasan)

Bahan lain:

  • Buah pelaga
  • Bunga lawang
  • Daun kunyit
  • Daun limau
  • Kunyit serbuk
  • Kerisik
  • Garam kasar
  • Gula
  • 1 kotal kecil santan (atau nak ganti ¼ cawan susu cair pun boleh)

Cara-cara memasak:

1. Kisar semua bahan sehingga lumat dan tuangkan terus ke dalam kuali/periuk masakan. (tak perlu tumis/tk guna minyak)

2.Masukkan kesemua bahagian ayam yang telah dipotong dan dibasuh bersih. Masukkan semangkuk air dan hidupkan api dapur.

3. Masukkan kesemua bahan lain kecuali SANTAN. Air boleh ditambah lagi sedikit demi sedikit sekiranya kering untuk menunggu isi ayam empuk.

4. Akhir sekali bila ayam dah empuk, masukkan santan, sedikit demi sedikit mengikut kepekatan yang diinginkan.

5. Renehkan seketika dan siap! 

6. Sedia untuk dihidang.

ayam masak padang


Selamat mencuba resipi ini.

Baca juga: Kepak Ayam Lemon Pepper, Resipi Viral Lebih 400K Views, Guna SEASONING Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN