
Jika sudah sering buat masakan ayam yang biasa, apa kata hari ini anda cuba Ayam Masak Masam Manis Ala Thai pula? Rasa pedasnya naik, manisnya seimbang dan masamnya cukup menyegarkan.
Ayam Masak Masam Manis Ala Thai ialah sejenis hidangan ayam diinspirasikan daripada masakan Thai yang terkenal dengan rasa gabungan tiga elemen utama iaitu pedas, masam dan manis.
Mariana Zainal telah kongsikan Ayam Masak Masam Manis Ala Thai di Facebook yang dipelajari daripada tukang masak kedai makan. Walaupun mudah, tapi sedapnya sama seperti dimasak di kedai.
Baca juga: 3 Peta Minda Masakan Ayam, Daging & Ikan, Sesuai Jadi Idea Lauk Harian!
RESIPI AYAM MASAK MASAM MANIS ALA THAI

Bahan A (ayam):
- ½ ekor ayam (digaul sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian digoreng separuh garing)
Bahan B (kisar kasar):
- 1½ biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- Sedikit halia
- 10 hingga 15 biji cili padi (boleh kurangkan jika tak tahan pedas)
- 2 batang serai (dihiris nipis sebelum kisar)
Bahan C (tumis dan kuah)
- 3 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos ikan
- 3 hingga 4 helai daun limau purut (disiat kasar, jika ada)
- 1½ sudu besar gula
- Sedikit garam (ikut rasa)
- Sedikit bahan perasa (jika suka)
- 1 cawan air (untuk kuah)
- 2 senduk minyak masak (untuk menumis)
Bahan tambahan:
- 5 hingga 6 biji cili padi (dihiris membulat, pilihan )
- 1 biji bawang besar (dihiris bulat)
- Sedikit daun ketumbar (jika tiada, boleh ganti daun sup atau abaikan)
Cara-cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar sampai naik bau dan garing.
2. Masukkan gula, sedikit garam dan bahan perasa. Teruskan menumis sampai bahan betul-betul naik minyak.
3. Masukkan sos cili, sos ikan dan daun limau purut. Kacau rata.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Tuangkan 1 cawan air, gaul rata dan biar mendidih.
5. Apabila kuah mula pekat, masukkan hirisan bawang besar dan cili padi bulat. Gaul rata dan rasa. Laraskan garam atau gula jika perlu.
6. Tutup api dan taburkan daun ketumbar atau daun sup. Siap untuk dihidang!
Selamat mencuba!
Sumber: Mariana Zainal
Baca juga: Lauk Kantin Sekolah Jadi Kegemaran Anak, Wanita Terus Minta Resipi Ayam Masak Soya Daripada Cikgu
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














