ayam masak soya

Baru-baru ini, telah viral di media sosial tentang perkongsian seorang wanita di Threads tentang resipi Ayam Masak Soya kesukaan anaknya dimasak oleh mak cik kantin sekolah.

Sesetengah anak agak cerewet dalam bab makan, jadi apabila mereka bercerita pasal makanan dengan riang, tentulah rasa ingin tahu dalam diri mak-mak terus membuak-buak.

Menerusi perkongsian di Threads, liyanarushdan turut berkongsi resipi Ayam Masak Soya tersebut untuk dicuba oleh orang ramai. Jom kita tengok dan cuba sendiri!

Baca juga: Resepi Roti Goreng Sardin Celup Tepung, Bila Makan Terus Teringat Mak Cik Kantin Sekolah

RESIPI AYAM MASAK SOYA

ayam masak soya

Bahan-bahan:

  • 10 potong ayam
  • 3 biji kentang (potong ikut saiz kesukaan masing-masing)
  • 1 biji bawang besar dan 5 ulas bawang putih (kisar)
  • 3 sudu makan lada putih
  • 1 cawan sos tiram
  • ½ cawan kicap manis

Cara-cara memasak:

1. Kisar bawang besar dan bawang putih sampai halus.

2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sampai wangi.

3. Masukkan lada putih bersama satu cawan air. Kacau dan biarkan mendidih.

4. Kemudian, masukkan sos tiram dan kicap manis. Kacau rata hingga kuah sebati dan mendidih.

5. Masukkan kentang dan ayam. Kacau perlahan dan biarkan sampai ayam dan kentang masak sepenuhnya.

6. Tak perlu tambah garam atau perasa kerana rasa sudah cukup daripada kicap dan sos tiram.

7. Jika suka kuah lebih banyak, boleh tambah sedikit air panas.

Selamat mencuba!

Sumber: liyanarushdan

Baca juga: Resepi Ayam Masak Merah Macam Kenduri Kahwin, Nak Dapat Kuah Pekat Elok Ini Rahsianya…

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN