ayam masak buttermilk

Tengah siap sedia masak untuk makan malam, mestilah nak resipi mudah dan ringkas. Buatlah Ayam Masak Buttermilk, pasti keluarga akan memuji hasilnya yang sedap nanti.

Najatul Akmal telah kongsikan cara buat Ayam Masak Buttermilk di Facebook dengan langkah demi langkah yang sesuai buat pemula dan hasilnya lemak berkrim. Jom kita cuba!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sarang Telur Dalam Resipi Udang Goreng Butter, Hasilnya Cantik Berjurai!

RESIPI AYAM MASAK BUTTERMILK

ayam masak buttermilk

Bahan-bahan:

  • Isi ayam
  • Butter
  • ½ susu tin cair
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • Cili api
  • Tepung jagung
  • Daun kari secukupnya
  • Gula dan garam
  • Tepung goreng serbaguna

ayam masak buttermilk

Cara-cara masak:

  1. Salut ayam dengan tepung goreng serbaguna.
  2. Goreng ayam dengan butter.
  3. Tunggu garing sedikit, baru angkat.
  4. Tumis bawang, daun kari dan cili api sampai naik bau. Goreng guna lebihan butter yang digunakan untuk goreng ayam tadi.
  5. Masukkan susu cair. Jika nak berkuah, boleh letak banyak sedikit susu cair.
  6. Tambah sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  7. Perasakan dengan garam dan gula.
  8. Apabila kuah sudah masak, tuang atas ayam yang telah digoreng tadi.

Gabungan ayam goreng rangup dengan kuah berlemak, wangi dan sedikit pedas manis membuatkan sesiapa saja yang makan lauk ini pasti terangkat selera.

Selamat mencuba!

Sumber: Najatul Akmal

Baca juga: Ikan Siakap Buttermilk Mudah, Bakar Pakai Oven Je Tapi Sedap Berkrim!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN