Categories: Resipi

Resipi Ayam Masak Lemak Cili Api Padu, Kuah Pekat Lemak & Pedas Cili Padi Menyengat!

Ayam masak lemak kuning memang tak pernah mengecewakan. Gulai tradisi Negeri Sembilan ini terkenal dengan kuahnya yang pekat berlemak, ditambah pula dengan rasa pedas cili padi yang menyengat.

Keistimewaan ayam masak lemak kuning terletak pada gabungan santan yang kaya dengan aroma kunyit hidup serta kepedasan cili padi. Rasa masinnya seimbang, cukup lemak dan sangat menyelerakan.

Resipi ini juga sangat mudah disediakan. Tak banyak bahan yang diperlukan, tapi hasilnya memang padu! Kalau anda suka lauk berkuah yang ringkas tapi memikat selera, jom cuba resepi ayam masak lemak cili padi ini.

Baca juga: Cara Goreng Ayam Kunyit Lagi Sedap Dari Biasa, Tak Kering & Confirm Jadi Juicy!

RESEPI AYAM MASAK LEMAK KUNING

Bahan-bahan:

  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Cili merah (kalau tak ada pun tak apa)*
  • Cili padi*
  • Kunyit hidup*
  • 1 keping asam keping
  • Kentang
  • Santan
  • Ayam
  • Garam secukup rasa

Kisar semua bahan bertanda (*). Sukatan bergantung pada banyak mana ayam yang digunakan.

Cara-cara:

  1. Panaskan periuk, kemudian tuangkan bahan kisar.
  2. Masukkan ayam, kacau sebati dan biar seketika sampai ayam sedikit kecut.
  3. Tambah air dan masukkan asam keping.
  4. Masukkan kentang.
  5. Masukkan santan.
  6. Perasakan dengan garam, kacau dan biar masak hingga ayam masak sempurna serta kentang empuk.

Sumber: Aisyah Razak

Baca juga: Resipi Kurma Ayam Tanpa Letak Santan, Rasa Lebih Ringan & Tak Muak Dimakan!

Wan N

Recent Posts

Cara Buat Mini Cheese Tart Tanpa Telur, Sekali Adun Boleh Dapat Hingga 40 Biji!

Mini cheese tart sesuai dijadikan hidangan untuk pelbagai majlis seperti jamuan sekolah, sambutan hari jadi…

18 hours ago

Cara Hilangkan Lendir Ikan Keli, Rupanya Cuma Guna 3 Bahan Yang Memang Ada Di Dapur!

Ikan keli memang sedap dimasak sambal, berlada atau digoreng garing. Namun, sebelum boleh menikmati hidangan…

19 hours ago

Jangan Guna Gula Biasa Sahaja, Ini Petua Buat Agar-Agar Lebih Cantik Dan Tidak Berair!

Kalau suka makan agar-agar yang lembut, cantik dan mempunyai lapisan warna berbeza, boleh cuba resepi…

19 hours ago

Resipi Nasi Briyani Ayam Lengkap ‘Acar’ Istimewa, Sekali Buka Tudung Periuk…Harum Satu Dapur!

Resepi nasi briyani ayam mungkin nampak agak rumit untuk disediakan kerana mempunyai beberapa lapisan dan…

1 day ago

Cara Buat Kentang Wedges Guna Air Fryer, Lengkap Dengan Sos Yogurt Homemade!

Cara buat kentang wedges menggunakan air fryer sesuai dicuba bagi mereka yang ingin menyediakan snek…

1 day ago

Jangan Terus Goreng Ikan! Cuba Rebus Dengan 5 Bahan Ini Dulu, Memang Beza Rasanya

Pernah cuba rebus ikan terlebih dahulu sebelum menggorengnya? Rupanya, ada cara tersendiri untuk menyediakan ikan…

1 day ago