ayam masak kicap madu

Sambil memandu dalam perjalanan pulang ke rumah, pasti anda terfikir nak masak apa untuk makan malam nanti. Paling nikmat jika dapat makan Ayam Masak Kicap Madu.

Hidangan ini merupakan antara lauk masakan Melayu yang sedap dimakan bersama nasi putih. Lebih enak jika digandingkan dengan sayur lain juga.

Biasanya hidangan ini akan dimasak dengan rasa yang manis dan pedas. Tapi jika ada ahli keluarga yang tak boleh makan pedas, anda boleh memasaknya secara manis saja.

Perkongsian resipi Ayam Masak Kicap Madu daripada Adilah Razak di Facebook ini cukup menarik untuk dicuba.

Baca juga: Ayam Masak Lemak Cili Stail Bujang, Cara Campak-Campak Je!

RESIPI AYAM MASAK KICAP MADU

ayam masak kicap madu

Bahan-bahan:

  • 6 ketul ayam (sudah siap digoreng)
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar kicap pekat Jalen
  • 2 sudu besar sos tiram
  • ½ cawan air
  • 2 sudu besar cili kisar
  • Daun kucai atau daun bawang (dihiris)
  • ½ cili merah besar (dihiris)
  • 4 sudu besar madu

Bahan-bahan kisar:

  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara-cara:

1. Tumis bahan tumbuk dengan menggunakan minyak bekas goreng ayam tadi.

2. Apabila sudah naik bau, masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.

3. Masukkan kicap manis, kicap pekat, sos tiram dan air.

4. Perasakan gula dan garam, kemudian masukkan madu.

5. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sekata.

6. Apabila sudah nampak pekat, masukkan hirisan daun kucai atau daun bawang dan cili merah besar. Siap untuk dihidang!

ayam masak kicap madu

Rasa Ayam Masak Kicap Madu yang cukup manis dan pedasnya pasti meningkatkan selera anda seisi keluarga.

Jika tak nak pedas, anda hanya perlu letak satu sudu cili kisar dan tak perlu letak cili merah. Biasanya mereka yang mempunyai anak yang masih kecil akan buat seperti ini.

Senang cerita, inilah lauk paling mudah jika kekeringan idea. Tak kisahlah main campak-campak saja pun, hasilnya tetap menjadi.

Selamat mencuba!

Sumber: Adilah Razak

Baca juga: Ayam Masak Lengkuas, Guna Ayam Jenis ‘Ini’ Untuk Lebih Lembut

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN