Jika perut anda teringin sesuatu yang pedas, berempah namun ada rasa manis, ikutlah resipi ayam masak kicap lada hitam ini. Pasti dapat memenuhi craving anda!
Dalam resipi ini, lada hitam memberikan rasa pedas yang hangat, manakala kicap dan sos tiram memberikan rasa manis serta masin yang seimbang.
Menu ini juga tidak berapa sesuai untuk anak kecil. Tetapi, terpulang kepada anda untuk menyesuaikan rasa selari dengan citarasa keluarga.
Jom tengok cara buat ayam masak kicap lada hitam yang dikongsikan oleh Cik Puan Eryn TJ
Baca lagi: Cara Buat Ayam Bakar Madu, Ikut Langkah Ini Baru Sedap
Bahan-bahan Utama:
Bahan Kisar/Tumbuk (*):
Bahan Sos:
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ubi kentang hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Kemudian, gaulkan ayam dengan sedikit garam dan kunyit, goreng separuh masak. Ketepikan juga ayam yang telah digoreng.
3. Dalam mangkuk, satukan serbuk lada hitam, sos tiram, kicap manis, kicap pekat, dan sos tomato bersama 2 cawan air suam. Kacau sehingga semuanya sebati.
4. Kisar atau tumbuk bawang merah, bawang putih, dan halia sehingga halus.
5. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga naik bau dan menjadi keperangan.
6. Setelah bahan tumisan garing, masukkan campuran bahan sos yang telah disediakan. Kacau sebati dan biarkan ia mendidih seketika.
7. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi ke dalam kuali, gaul rata supaya ayam menyerap kuah dengan baik. Gunakan api kecil agar ayam masak sempurna.
8. Setelah ayam hampir masak, masukkan ubi kentang goreng dan kacau perlahan hingga ubi hampir lembut.
9. Masukkan cili merah, cili hijau, dan tomato. Kacau sebati.
10. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa mengikut selera.
11. Akhir sekali, masukkan bawang Holland dan kacau rata. Taburkan daun bawang di atas ayam sebagai hiasan.
Sumber: Eryn TJ
Baca lagi: Tips Pilih Tomato Segar Dan Tahan Lama, Elak Terbeli Yang Rasa Masam!
Hujung tahun ini pasti ramai yang pakat untuk pergi cuti bersama keluarga atau geng travel.…
Pokok daun kesum menjadi pelengkap rasa dalam pelbagai hidangan, sememangnya cukup penting dalam masakan Melayu…
Sesiapa yang meminati kuih tradisional pasti kagum dengan hasil daripada resepi Kuih Lopes Batik ini.…
Resipi puteri ayu kuih tradisional ini adalah salah satu pencuci mulut tradisional yang terkenal di…
Kek tiramisu, siapa yang tak kenal pencuci mulut popular dari Itali ini, kan? Gabungan rasa…
Buat anda yang tak berpeluang ke Thailand tapi teringin makan Laksa Siam yang sedap dan…