Categories: Resipi

Resepi Puding Roti Simple Dengan 5 Bahan, Anak Mesti Tak Berani Tolak Punya!

Mak-mak yang suka buat menu ringkas untuk sarapan atau minum petang di rumah, boleh cuba resepi Puding Roti simple pada hari ini.

Nampak macam biasa, tapi sebenarnya Puding Roti adalah hidangan pencuci mulut yang sangat terkenal di luar negara seperti England, Perancis, Mexico dan banyak lagi.

Tak dinafikan yang kanak-kanak mudah tertarik untuk makan hidangan seperti Puding Roti yang bukan saja berwarna terang, malah nampak menyelerakan di mata mereka.

Oleh itu, kami nak kongsikan resepi Puding Roti simple oleh Rozmaliza Omar di Facebook yang menarik perhatian ramai kerana hasilnya sungguh mengiurkan. Jom kita cuba!

Baca juga: Pisang Butter Sos Kastard, Idea Pencuci Mulut Yang Buat Ramai Ketagih

RESEPI PUDING ROTI SIMPLE

Bahan-bahan:

  • 1½ cawan susu segar
  • Esen vanilla
  • 3 biji telur gred A
  • 2 sudu besar gula (saya kurangkan gula sebab guna roti krim)
  • 4 bungkus roti krim pelbagai perisa
  • Butter (untuk sapu pada loyang 6″)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, pukul telur dan gula sehingga hancur. Masukkan susu segar dan esen vanilla, kemudian kacau rata. Ketepikan terlebih dahulu.

2. Selepas itu, koyak-koyakkan roti krim pelbagai perisa dan boleh susun dalam mangkuk tahan panas yang sudah disapu dengan butter.

3. Setelah itu, tuangkan adunan telur sehingga rata. Kemudian, letakkan sedikit butter di atas adunan dan biarkan sebentar.

4. Akhir sekali, bakar selama 40 minit pada suhu 150ºC. Siap untuk dinikmati!

Biasanya ia dihasilkan dengan lebihan roti, tapi Puding Roti ini menggunakan roti krim yang membuatkannya nampak kreatif dan lain dari yang lain.

Jika di Malaysia, Puding Roti sering dihidangkan bersama sos kastard. Namun, ia juga enak dinikmati bersama kuah yang manis seperti krim vanilla atau pandan.

Bukan mudah nak tarik selera anak untuk makan, tapi dengan resepi Puding Roti simple ini pasti akan menggembirakan mak-mak di seluruh dunia.

Selamat mencuba!

Sumber: Rozmaliza Omar

Baca juga: Resepi Puding Karamel Kukus Guna Roti Gardenia, Hasil Pasti Menjadi!

Aimi

Recent Posts

Resipi Kerang Masak Serai, Bau Tumisan Halia & Bawang Putih Naikkan Selera Makan!

Kerang masak serai antara hidangan yang boleh dicuba kalau suka lauk berasaskan makanan laut. Gabungan…

18 mins ago

Muruku Rangup Dan Tak Mudah Lemau, Ini 5 Tip Penting Yang Ramai Tak Tahu!

Muruku rangup antara kudapan yang cukup digemari ramai, lebih-lebih lagi apabila dinikmati bersama secawan teh…

3 hours ago

Biskut Red Pearl Pernah Dijual RM22 Sebalang, Ini Resipi Legend Yang Mudah Dibuat!

Biskut red pearl merupakan antara biskut raya klasik yang masih menarik untuk dicuba. Gabungan cornflakes,…

4 hours ago

Colek Jemput Malas Guna 1kg Tepung Gandum, Wanita Ini Kongsi Resipi Mudah Dan Jimat!

Ada banyak sayur di rumah tetapi buntu nak sediakan hidangan untuk minum petang? Apa kata…

4 hours ago

Cara Mudah Buat Cream Puff Inti Kastard, Saiz Kecil Molek Senang Nak Ngap!

Resepi cream puff custard ini memang sesuai dicuba kalau suka makan pastri kecil yang mudah…

4 hours ago

Resipi Muruku Mentega Yang Rangup Berlemak, Makan Segulung Gerenti Tak Cukup!

Butter murukku atau muruku mentega merupakan antara kudapan tradisional India yang cukup digemari kerana teksturnya…

5 hours ago