ayam masak halia

Mari buat resipi Ayam Masak Halia ala-ala masakan Cina. Mudah saja nak buat macam restoran punya. Campak-campak siap!

Cara nak memasak pun sangat mudah. Sesuai untuk anda yang tak mahir memasak. Hidangan ini boleh disajikan dengan nasi putih panas, sedap sangat.

Jangan lupa hidangkan sekali dengan telur dadar, memang bertambah nikmat nak menjamu selera.

Baca juga: Udang Garlic Chilli Chinese Style, Tak Sampai 15 Minit Siap Masak!

Resipi ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Encik Wan LuQman. Ramai yang menyukai resepi ini dan tidak lagi memilih untuk membeli makanan di luar. Lebih baik masak sendiri di rumah.


RESIPI AYAM MASAK HALIA SIMPLE

ayam masak halia

Bahan-bahan hiris:

  • Halia
  • Lada merah
  • Cili merah (dihiris halus)
  • Bawang putih (diketuk hancur)
  • Capsicum (optional)
  • Isi Ayam

Bahan-bahan lain:

  • 1½ sos tiram
  • 1sk serbuk pati ayam
  • 1sk nampla
  • 1sb gula1sk kicap seasoning (optional)

Cara-cara penyediaan:

1. Gaulkan potongan ayam dengan tepung jagung. Pastikan tepung menutupi ayam secara rata. Gaul secara kering, elakkan daripada menggunakan bahan basah.

2. Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng, pastikan minyak mencukupi dan panas. Masukkan potongan ayam satu persatu ke dalam minyak panas. Goreng sehingga kecoklatan dan garing.

3. Setelah ayam masak, letakkan di atas pinggan dan ketepikan.

4. Seterusnya, sediakan sos masak halia. Tumis semua bahan yang telah dihiris sehingga harum. Masukkan seulas sendok air ke dalam tumisan.

5. Tambahkan air bancuhan tepung jagung ke dalam tumisan untuk memperoleh konsistensi kuah yang diinginkan. Biarkan sehingga kuah sedikit pekat. Ini akan menambah citarasa dan kelezatan hidangan.

6. Setelah kuah siap, curahkan sos tersebut di atas ayam yang telah digoreng tadi. Taburkan potongan daun bawang dan daun ketumbar sebagai hiasan.

7. Sedia untuk dihidang. 

ayam masak halia


Selamat mencuba.

Sumber: Wan LuQman

Baca juga: Mee Tepung Chinese Style, Uli Sendiri Guna 4 BAHAN Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN